ada sebuah cerita ,tentang si lebah dan kawan-kawannya..lebah ni , kerjanya sangaaat banyak...
dia sangat rajin dan sungguh sibuk, sebab tu orang selalu cakap 'busy as bee'..tambahan pulak sekarang ni lebah dan kawan-kawannya selalu ditawarkan untuk berlakon dalam filem-filem.tak kisahla dalam filem animasi ke atau filem-filem kampung, ditambah dengan disiplin yang tinggi dan raut wajah lebah yang comel, kacak dan bergaya menjadi aset tambahan mereka...jadi memang sibuk.. cuma rutin harian mencari madu memang takkan pernah ditinggalkan.walaupun kesibukan melanda, kualiti madu-madunya juga tak pernah merosot dan berkurangan. iya...lebah sangat konsisten dan tidak lupa diri juga.
satu hari lebah dan kawan-kawannya jalan-jalan sambil mencari madu, hasrat di hati juga ingin mencuri pemandangan yang indah di taman..
lebah terjumpa labah-labah.. sibuk jugak cik labah-labah ni.. haih..nak tegur malu pulak...
hm.tegurlah kejap..
'Assalamualaikum labah-labah...busy nampak..mengalahkan lebah pulak..apa kau buat tuh?"
oh lebah..wa'alaikumussalam..aku tengah sibuk buat sawang ni...ada projek pembinaan sawang keluarga labah-labah daripada London aku dapat..katenya diorang nak pindah Malaysia..contract 3 bulan je..projek pembinaan ni pulak dia nakkan sawang yang betul-betul berkualiti tinggi dan yang tak mudah rosak. kalau aku tak siap dalam masa 3 bulan ni habislah aku...phew~"
oh..tu yang kau bertungkus lumus ni..kau buat benda ni sorang-sorang je?..banyak ke kau dapat untung buat projek ni?
A'ah sorang je.. aku ni baru bertatih-tatih dengan business ni...buat masa sekarang ni belum mampu lagi untuk upah pekerja.. takpelah, In Syaa Allah, selagi Allah bagi aku kekuatan boleh lagi aku buat nih.. em..untung tu alhamdulilah boleh tahanlaa..ha..kau ni duk lepak sini, takda kerja ke?..
"alamak eh....takdelah, aku tengah cari madu ha..terjumpa kau kat sini..oklah bro...jalan dulu..selamat membina, moga dipermudahkan urusan!"
jalan-jalan....terbang dan terbang...ha..bunga ni nampak manis.. lebah mengeluarkan peralatan untuk menyedut madu, dan kantung untuk menyimpan stok madu-madu tersebut..
ngeng...ngeng...ngeng...
hm...datang dah dia...rungut lebah tanpa menoleh..tahu persis dia bunyi siapa yang mendekati cik lebah ni...bukannya dia tak suka nyamuk ni, tapi dia agak sakit hati dengan pekerjaan nyamuk yang selalu memudaratkan manusia..
lebaaah!...yuhuu....buat hape tuu?.
haa...nyamuk.. biasalah...mencari rezeki..kau tak kerja harini?
esh...mana boleh aku tak kerja..tengah sibuk cari kerjalah ni...kau tahu-tahu ajelah sekarang ni kawasan perumahan kampung seberang tu tengah buat semburan nyamuk...tak berani lah aku nak pergi situ..
iyalah..mana taknya..aku dengar cerita anak pak seman masuk hospital sebab demam denggi.. itu kau punya kerja ke?.
esh..setahu aku takda pulak aku gigit anak pak seman..hm..eh..entahla..aku pun tak ingat..masalahnya, manusia ni ramai sangat tak jaga alam sekitar dengan elok.. kau tengoklah longkang pun kotor, air bertakung sana-sini, manalah nyamuk macam aku ni tak suka datang...lagipun memang darah tu sumber rezeki aku...kalau aku tukar profesion cari madu pelik pulak lah karang kan..
oh..iyalah muk.. okeylah nyamuk, dah senja ni..aku kena balik dah ni..
oh..okey..babai...
dalam perjalanan lebah membawa stok-stok madu pulang ke sarang, dia berfikir panjang....
masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-masing..tapi apa yang menyibukkan mereka itulah yang membezakan setiap orang.. ada yang sibuk ke arah kebaikan, ada pula yang sibuk membawa kemudaratan..
hm...melalui penelitian aku terhadap manusia juga aku dapat tengok..manusia pun sama..ada yang bertungkus lumus memperbaiki kehidupannya, ada pula yang bertungkus lumus untuk membinasakan hidupnya sendiri.
lagi aku bertambah pelik.. Allah bagi manusia akal , satu kurniaan agung yang takda pada serangga macam aku dan spesis serangga dan haiwan lain.. tapi kenapa mereka menggunakan akal untuk buat perkara yang jauh daripada apa yang tuhan telah perintahkan.
telah Allah katakan, jauhi zina..e'eh buat juga..telah juga Allah turunkan AL-Quran sebagai aturan hidup itu pun ada juga sumber lain yang diambil sebagai pegangan hidup..macam-macam sekarang ni..aku pernah dengar pasal ideologi liberalisme.. aku yang lebah biasa ni pun boleh sakit kepala tengok ideologi pelik macam tu..macamanalah manusia boleh mengagungkan kebebasan secara mutlak sedangkan kita sebagai hamba Allah memang tiada kebebasan secara total. kita masih tetap ada syariat sebagai panduan hidup.. hmh.. taknaklah aku membebel panjang..manusia lebih pandai berfikir berbanding lebah kecil macam aku..
No comments:
Post a Comment