Tuesday, December 11, 2012
Masak adalah terapi
saya masih teringat kata-kata seorang akhawat senior...kak aniza namanya.. katanya " masak adalah terapi! "..
benar. melalui masakan kita boleh menyentuh hati ramai manusia terutama hati perempuan. barangkali aktiviti memasak ni merupakan fitrah yang lahir daripada diri seorang perempuan kot... dulu masa sy sekolah konon-kononnya bercita-cita nak jadi chef...ewah..tapi hasrat tak direstui ..hu..takpelah tutup kes.. sekarang dah ada cita-cita baru.. in syaa Allah perancangan Allah lebih baik.
memasak ni bukan hanya skill yang perlu dipelajari untuk orang yang ' nak dekat-dekat kahwin' sahaja ( ini stereotype yg kita selalu dengar). skill ni amat penting untuk seorang akhawat pelajari dan mahirkan.
kita ada mad'u yang ramai, ada juga anak-anak buah yang perlu kita jaga dan sentuh hati mereka. ada program- program yang kadang-kadang perlukan kita untuk bersedia singsing lengan kupas bawang. Jangan kita terlalu berharap kakak-kakak yang dah berkahwin untuk turun memasak. kita sendiri yang sepatutnya dah turun bekerja tanpa perlu tanya mereka lagi dah nak tumis bawang dulu ke lada. Kalau ada peluang pergi kursus masakan, pergilah..kalau perlu timba ilmu masakan daripada mak kita, belajarlah..belajar masak waktu kita masih bujang lagi.
waktu bujang ni lah waktu yang sangat produktif untuk kita buat macam-macam benda. bila kita dah ada komitmen berkeluarga, mana nak urus keluarga, mana nya nak selesaikan kerja dakwah, tarbiah, nak belajar skill-skill tambahan lagi..boleh tapi memang tak sempat.
kenapa saya katakan masakan boleh menyentuh hati?.
- Dengan masakan kita memberi orang makan dengan air tangan dan usaha keikhlasan. kita mesti nak menjamu orang dengan hasil usaha kita yang terbaik kan.. walaupun rasa tak sesedap mana, tapi nilai ikhlas tu dapat dirasa daripada setiap hirupan masakan tu.
- Ukhuwwah makin erat.bila akhawat masak bersama-sama, masing-masing ambil port untuk hasilkan satu masakan. ada yang kupas bawang, ada yang potong ayam ada yang petik sayur dll. ada nilai luar biasa yang terhasil daripada aktiviti masak bersama-sama. ada cerita-cerita lama yang terlalu lama dipendam dan boleh dibincangkan serta dirungkai bersama-sama. kadang-kadang kesibukan bekerja dalam medan amal masing-masing membuatkan kita tak sempat nak bercerita dari hati ke hati..percayalah, masak adalah terapinya!.
- satu cara untuk dekat dengan mad'u baru. ada mad'u atau anak buah yang suka sangat memasak. berkongsi resepi sangat membantu merapatkan jurang kemesraan pada permulaan hubungan.
ayuh akhawat, rajinkanlah diri memasak..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment