bismillahirrahmanirrahim.
ramai muslimah yang menghadapi masalah dan rasa was-was tentang aurat kita sesama perempuan bukan islam..saya sendiri pun rasa was-was nak buka tudung bila housemate kakak saya seorang perempuan berbangsa tiong hua..nak buka ke tak nak buka,tak nak,nak taknak..nak..akhirnya bukak je..tanpa kita betul-betul yakin dengan keputusan kita sendiri.
tp alhamdulilah..segala persoalan dan permasalahan kami adik beradik dan juga permasalahan kawan-kawan di luar sana tentang aurat ketika bersama wanita bukan islam terjawab juga selepas saya menghadiri kuliah fiqh nisa' beberapa minggu yang lalu..ustazah tu juga pesan pada semua supaya sebarkan maklumat ni, sbb kesian pada orang yang masih tak tahu dan hidup dalam ragu-ragu.
tentang aurat bersama wanita bukan muslim, pada asalnya hukumnya adalah haram. sebab aurat wanita muslim itu dengan wanita bukan muslim sama dengan aurat dengan lelaki bukan mahram. tetapi atas beberapa sebab, dan perbincangan demi perbincangan yang difatwakan oleh jemaah mufti,maka hukum itu diringankan.
tetapi keringanan ini dibolehkan sekiranya kita betul-betul tiada pilihan lain (tinggal serumah & sebilik).dan dengan syarat juga wanita yang bukan islam itu kita yakini akhlak dan peribadi dia yang baik, dan diyakini yang dia tidak akan menyebarkan fitnah tentang aurat kita.
dibolehkan untuk membuka aurat tetapi aurat itu masih terhad iaitu sekadar menampakkan leher, separuh dari singsingan lengan, dari separuh dari betis.aurat ini digelar aurat wanita bekerja. tapi jangan salah faham, bukan aurat kita pergi kerja ofis tu. aurat wanita bekerja bermakna aurat kita ketika menyelesaikan kerja-kerja rumah membasuh,memasak dsbg. kalau nak membasuh ke kan kita singsing lengan dan kain sikit, itulah maknanya aurat wanita bekerja. jadi walaupun terdapat keringanan, tetap ada hadnya juga.
namun....sebaliknya....betulkah dengan semua wanita islam kita boleh buka aurat???..
ha..jawapan yang mengejutkan adalah..aurat sesama wanita islam juga boleh jatuh haram atas sebab :
wanita islam yang buruk akhlaknya, yang suka menyebarkan fitnah, suka mengumpat dan boleh menindas kita, dan ditakuti dia akan menyebarkan keburukan yang ada pada aurat kita pada orang lain maka hukumnya jatuh haram. haram bagi seorang wanita muslim untuk membuka auratnya kepada wanita yang tidak baik akhlaknya.
jadi, jika berada di tempat umum,walaupun kita berada bersama dengan perempuan-perempuan islam juga, tetaplah menjaga aurat kita dengan berhati-hati untuk mengelakkan perkara yang tidak disenangi berlaku.
segala maklumat yang saya dapatkan di sini adalah melalui siri-siri kuliah fiqh bulanan. insyAllah segala permasalah dan kekeliruan dalam masalah fiqh boleh lah anda sampaikan di sini, insyAllah akan saya sampaikan persoalan ni pada ustazah yang menyampaikan kuliah fiqh tu.
a'la kulli hal..maaf atas segala kekurangan dalam menerangkan maklumat ini..sekiranya terdapat kesilapan saya dalam men'translate'kan pengisian ustazah tu harap dapat dibetulkan segera ya..^_^.....moga sama-sama mendapat manfaatnya...:)
wallahualam.
alhamdulillah..dlm kehidupan, kita perlulah yakin dgn diri dan yg utama yakin pada Allah..bkn sahaja berkaitan aurat, segala hukum hakam perlulah kita teliti dgn baik agar kita dapat merasai kemanisan dlm kehidupan..lelaki mahupun wanita, marilah kita semua bersama2 menjaga hukum2 Allah termasuk aurat dan tumjukkanlah kehebatan hukum2 islam ini kepada masyarakat agar dapat memperlihatkan kehebtan dan indahnya islam itu bila semuanya dijaga..
ReplyDeleteSalamm, akk, sy nk minta izin share ye ^_^
ReplyDeletewsalam...silakan..:)..
ReplyDeletebgus2!!!
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletesaya masih kurang jelas tentang fitnah yang bagaimanakah yg dimaksudkan sekiranya aurat kita dilihat oleh wanita bukan islam?
wa'alaikumussalam husna..
ReplyDeleteboleh jd dalam pelbagai bentuk tindakan :
- tersebarnya keburukan/kecantikan aurat yg kita miliki
- tersebarnya gambar2 aurat kita tanpa kita sadari
kesimpulannya tahap keyakinan,kepercayaan agar dia boleh menghormati prinsip penjagaan aurat kita. em..harap dpt mberi penjelasan..tetapi sekiranya ada pandangan & penambahan lain juga dialu2kan..:)
Terima kasih atas ilmu yang saudari kongsikan..Alhamdulilah saya dah dapat tahu serba sedikit mengenai aurat wanita sesama wanita..tetapi izinkan saya membuat satu permintaan..boleh tak kiranya saudari jelaskan kepada saya "Apakah hukumnya kita bersolat di tempat dimana orang kafir sembahyang??" sebabnya saya was-was sama ada boleh ke kita bersolat di bilik sekiranya kita 1 bilik dengan bukan islam nie..sebagai contoh orang india..mereka melakukan upacara sembahyang di bilik dan kebetulan kita 1 bilik dengan mereka..bagaimana??? Minta tolong selesaikan permasalahan yang saya ajukan..
ReplyDeleteTerima kasih :")
Saya bukan Islam tapi saya memang tinggal dengan rakan2 muslim. 1st time sy tinggal asrama, kwn sy kena pakai tudung wlpun masa tidur sbb sy.. honestly, sy x berani nk pandang dia sbb pasal sy die disusahkn & setiap malam sy rse nak menangis sbb rasa x diterima. ye la.. pasal sy dia kena tutup aurat mcm kat luar, ktorg pown xrapat smpai satu hari dia pergi jumpa ustazah minta penjelasan. Lepas tue die baru berani bukak tudung.. memang masa tue sy rse nk menangis sgt. rasa bersyukur bkn sbb sy nk tgk rmbut dia tapi bersyukur sbb ktorg makin selesa antara satu sama lain.
ReplyDeleteKemudian masuk diploma, saya tgal dgn kwn2 muslim. Awal2 tue rasanya dorg tak tahu pasal hukum muslim dgn perempuan muslim so dorg bebas dpn sy until one day dorg pkai tudung. Hati nie sekali lagi rasa terkilan tapi ktorg ad sorg kwn yg mmg betul2 islam n dia jelaskan. Syukur dorg masih terima sy seadanya..
Kali nie degree plak, masa nak cari rumah sewa mmg satu masalah utk sy. Ms call tny sy da ckp yg sy nie non muslim. Dorg kata 'ok tak pe' dorang terima.. beberapa jam sblum pergi rumah dorg kata 'maaf tak boleh'. Walaupun kecewa tp sy faham.. dorg ad option utk tak terima sy x mcm masa sek men or dip. Tapi hakikatnya, walaupun sy faham tp hati sy tetap terluka.
Sy non muslim tapi cara hidup sy mmg mcm Islam. Family sy x makan segala makanan yg tak halal, mkn seafood pown x. Kwn baik & teman lelaki sy Islam. Mereka selalu bawa sy pergi ceramah. Saya mmg tengah belajar psal agama Islam tp sbb perkara2 camnie mmg buat kitorg rasa terpinggir. Kadang2 tertanya dgn diri sendiri *maaf kalau menyakitkan hati* tpi persoalan nie slalu bermain bila perasaan terganggu 'mereka tak nak tinggal dengan non muslim tapi bila dgn teman lelaki siap pegang2, kwn2 dorg bukak tudung, tak solat.. yg bertudung pown tak solat & macam2 lgi"<-- ini adalah mereka yg sy gelar MELAYU bukan ISLAM. Syukur, sy kenal beberapa umat Islam yg sebenar. Dia tak perlu bertudung labuh tapi dia ajar melalui keluarga dia, perempuan yg plg bermaruah pernah sy jumpa, solat tak ditinggalkn & serba serbi dialah yg bnyk buat sy kagum dan perempuan baik itulah insan yg buat saya selesa.
: maaf, ini sekadar luahan hati saya yg non muslim.
AnonymousAugust 21, 2013 .. tahniah kerana keperihatinan anda terhadap hal orang Islam
ReplyDeleteAnonymois... Awak insan hebat. Smg kita sama2 dlm rahmat Allah taala
ReplyDeleteAnonymois... Awak insan hebat. Smg kita sama2 dlm rahmat Allah taala
ReplyDeletesalam. apa pula aurat wanita non-muslim terhadap wanita muslim ya? atau batas wanita muslim melihat wanita non-muslim.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete