assalamualaikum wbt..:)
alhamdulilah....baru sahaja kembali dari jaulah ke negeri sembilan..bersama dengan ukhti2 dari PD dan seremban..syukran kerana menerima kunjungan kami dari Pembina gombak...kenangan yang tidak dapat saya lupakan...ukhti2 yang sangat dirindui, moga Allah memberi kekuatan hati dalam meneruskan perjuangan ini..insyaAllah...
(akhawat uia-istana seri menanti)
(main2 air...akhawat request naik banana boat tp taknak jatuh dalam air..:D)
(jom riadah!...pada pagi 1/1/2011- agak kurang selesa berada di sini disebabkan ramainya 'pemuda pemudi' yg menghabiskan malam tahun baru di pantai PD selepas berhibur dengan malam kebudayaan...hm...:-/..jangan smpai Allah turunkan bencana...andai azab Allah tiba,tiada suatu pun yang akan terkecuali termasuklah org yg beriman..jd janganlah kita merasa kita berada di 'zon selesa' selagi adanya orang islam yg beriman di muka bumi malaysia ni..Allah dah sebut dalam Quran kisah azab kaum terdahulu akibat keingkaran mereka agar menjadi pengajaran buat kita..)
Dr zainur mengungkap masalah umat,pengalamannya berada di palestin dan aceh...dia juga menceritakan pengalamannya melihat anak-anak falestin yang memakan sabun yg dibekalkan oleh para humanitarian kerana terlalu kelaparan...kasihannya...kita bersenang lenang di bumi malaysia..makanan yang tidak terhitung sampai terbuang-terbuang...tu pun kadang-kadang tak bersyukur jgk kalau makanan tu tak sedap...-___-..
(Prof.Madya Dr zainur rasyid b. zainuddin)
dia juga memberitahu,dalam membawa perubahan dan kemenangan dalam islam,kita memerlukan nilai seorang Pemuda...siapakah pemuda itu??..KITA....^_^...kerana sejak dahulu hingga sekarang orang-orang hebat yang mencipta sejarah adalah para pemuda...
Sultan Muhammad alfateh, salahuddin al ayyubi, imam syafi'e,para pemuda ashabul kahfi....di manakah tahap kelayakan kita?..fikir sendiri...;)..dan kita perlu percaya yang kita mampu andai kita berusaha....usaha dan doalah kekuatan yang paling ampuh bagi seorang hamba Allah yg beriman...
'' kami ceritakan kepadamu muhammad kisah mereka dengan sebenarnya...sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada tuhan mereka,dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka''....(Al-kahfi : 13) ...( buka surah al-kahfi untuk penceritaan yg lebih jelas tentang kisah pengembaraan ashabul kahfi)...
cuba tgk ayat ni...Allah masih refer kepada pemuda-pemuda...Allah tak ckp orang tua-tua yg beriman...ini bermaksud, darah muda yg mempunyai semangat dan azam yg berkobar-kobar itulah yg menggegarkan dunia..(cuma zaman sekarang,darah muda tu makin lama disalurkan ke arah yang kurang kena tempatnya..anda faham dan anda tahu apa masalah sosial yg melanda masyarakat muslim kita..melayu bukan islam tapi melayu hanyalah satu bangsa..jika para pemuda melayu bangkit demi mengibarkan bendera islam, maka barulah kita layak digelar orang melayu = islam...;-)....
(tazkirah subuh dari ustazah fariza dan Dr fadilah yang mencuci hati yang semakin berkarat nih..^_^)
di bumi seremban ini juga dapat saya rasai ketenangan dengan sentuhan rohani..hangatnya sentuhan yg meresap kedalam hati dalam slot tazkirah pada pagi hari....dapat saya rasai kasih sayang dalam masakan air tangan ibu yang merupakan para murabbi..dan erti ukhuwwah dalam kesusahan bermusafir dibumi permulaan tarbiyyah diri ini bersama para ukhti yang disayangi...
tak mampu menahan air mata setiap kali saya singgah di bumi seremban..mengimbau kembali kenangan-kenangan lalu...kerana di sinilah permulaan saya belajar erti kehidupan yang bertujuan...di sinilah keberadaan para guru yang sentiasa sabar mendidik saya dan akhawat agar menjadi seorang ukhti yg beriman....syukran a'la kulli hal..pesanan makcik dan kakak-kakak di sana takkan pernah mai lupakan...moga tetap thabat dalam mendidik generasi da'ie yang baru...:)
ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau,kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi(kurnia)...
(PEMBINA UIA dan PEMBINA SEREMBAN)
..Allahumma ameeen....Allahumma ameen........Allahumma ameen......
Alhamdulillah..'ala kulli nikmah.
ReplyDeletesemoga hati2 ini sentiasa bersatu di atas jalan ini...
Alhamdulilah..:)...
ReplyDeletemoga kita terus istiqomah dan dkuatkan hati dengan jalan ni....
waaaaa... alhamdulillah.... rindu ukhuwah yg terbina ni... =)
ReplyDeletekite pun sgt merindui ukhuwwah ni..xpe,insyAllah selagi kita melalui jalan yg sama,kita pasti bertemu juga...^_^...insyAllah.
ReplyDelete