saya berminat utk berkongsi beberapa perkara yang menarik berlaku sepanjang hidup sbg cikgu kaunseling. kebiasaannya, Relief kelas merupakan perkara yang paling menakutkan bagi seorang cikgu.. macam dasat sgt je bunyi bila sebut menakutkan. bukan menakutkan, mungkin lebih sesuai dikatakan waktu yang memang nak dijauhkan sebab bosan menunggu selama setengah jam-sejam..saya pernah mengalami situasi ni ketika practicum dulu-dulu..
internship kalini lebih 'matang' sikit..sbb byk benda yg sy baru sedar, kita sendiri yang membuatkan kelas tu jadi bosan..bila client tak cukup, kita sendiri yang stress. padahal kekurangan sendiri yang tak kreatif dan telus dalam mewujudkan suasana kepercayaan antara kita dan murid. sekiranya kita mengerti tugas kita sebagai guru bimbingan & kaunseling, kerja kita tidak terhad sekadar di bilik kaunseling sahaja..berurusan dengan kestabilan emosi murid merupakan kerja kita.. di mana pun berada, hatta di kantin sekolah masih lagi berguna tugas kita sebagai guru bimbingan.. sebenarnya kita boleh mengubah kebosanan relief menjadi keseronokan . macamana?. gunakan kreativiti dalam mengolah modul-modul bimbingan. cipta modul sendiri ataupun beli buku modul kelompok. setelah itu, proseskan aktiviti tersebut supaya membawa makna yang tersirat bukan sekadar keseronokan semata-mata.
percayalah... saya lebih takut sekiranya masuk kelas tak buat apa-apa..sebab saya tak suka duduk senyap dan tak bercakap depan murid.. disebabkan kecintaan yang tinggi sy terhadap play therapy.. biasanya saya akan menyediakan beberapa modul play therapy bagi kelas bimbingan murid2..
antara kelas yang sy pernah masuk ialah kelas aliran sains. kelas ni saya masuk mulanya agak awkward. krik krik...senyap...budak2 yg mmg fokus belajar dan study. awal2 tahun dan struggle utk SPM.ini tugas kaunselor. nampak mereka macam ok. sebenarnya mereka tak sedar yang mereka sedang stress. setiap pelajar membawa satu isu yang berlainan dan masa akan membuatkan kita memahami nature setiap pelajar.. pokoknya mereka memang budak baik-baik....*.*....walaupun saya ni baik juga...kohf kohf.. tapi dalam mengendalikan kelas kita perlu 10x ganda lebih energetic depan student.. we have the power to control the environment..keluarkan mereka daripada kepompong stress dengan beraktiviti..taknak cerita lebih2.. berikut antara modul2 bimbingan yang dilakukan dalam kelas..
batang ice cream utk buat puppet diri sendiri..mereka sangat creative dan saya sangat sayang dengan puppet yg mereka buat...serious sangat comel. |
murid lelaki sukakan aktiviti mencabar...haa..nak mencabar sangat kan..amik..:D.. |
" awak buat otak?..hm..menarik..boleh terangkan pada cikgu kenapa awak buat otak?. ". " sebab saya nak kepandaian dan saya nak kuasa ( tangan) untuk saya capai kejayaan dalam hidup saya..".. |
mulut |
"cikgu, saya bercita-cita nak buka kedai kek!"....:)..saya doakan moga cita-cita awak berjaya.. |
play dough mempunyai daya tarikan yang hebat dalam menerokai emosi dan keinginan pelajar. |
berikut sebahagian sahaja modul2 bimbingan yang dilaksanakan..tapi apapun..gambar2 di atas atas keizinan murid sendiri..dan ketidakkisahan pelajar utk kita berkongsi hasil2 mereka..mana yang tidak perlu diterbitkan, saya simpan sebagai satu amanah.rahsia pelajar adalah keutamaan seorang kaunselor selagi tidak melanggar batas2 kerahsiaan dalam sesi kaunseling..
all the best untuk semua trainee kaunselor...tugas kita besar..dan jadikan diri anda lebih istimewa dan ada kelebihan tersendiri.. saya yakin dengan kesungguhan kita semua dalam mengendalikan modul bimbingan ketika kelas, kita tiada masalah dalam mengumpul hour bagi group counseling. just fokus pada sesi individu dan bagaimana nak menyusun appointment individu supaya banyak case yang berjaya di follow up..
salam..
ReplyDeleteSalah satu tips yang menarik untuk mewujudkan atau menghidupkan satu suasana yang sunyi dalam kelas..tahniah di atas ilmu yang dikongsi bersama..