inilah hasil gambar dari tangan seorang fotographer yg tak mahir mcm saya ni.x proper btl,lupa nak cedok dalam pinggan dulu sebelum amik gambar.. |
Resepi di bawah ini adalah hasil saya campak mencampak bahan yang ada kat dapur rumah waktu cuti haritu..selalunya orang buat goreng, tp sy tak berapa minat kalau yg bergoreng. jd cuba pula yg berkuah.
Bahan A
1 bungkus macaroni/ spaggeti
airBahan B
5 sudu lada boh
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
separuh dari lada benggala(potong dadu)
garam secukup rasa
daging/ayam kisar
meatball ( daging bakso yg segera ada jual)
separuh dari 1 tin cendawan butang kecil
2 cawan susu rendah lemak HL / UHT
1 tin kecil tomato puree
oregano
6 gelas air (kalau masih pekat boleh tambah sukatan air lagi)
cara membuat :
1) rebus macaroni dengan air (lebihkan air) sampai empuk dan kembang.dah siap toskan dan asingkan. masukkan 1 sudu minyak utk mengelakkan macaroni/spaggettinya melekat.2) tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris (kalau nak bland pun ok jg) sampai naik bau, masukkan lada boh. tumis hingga lada betul2 garing. api sederhana.
3) masukkan daging/ayam kisar kedalam kuali. masukkan 1 cawan air. kacau dan tunggu dalam 5 minit untuk bagi rasa daging/ayam perap kepada tumisan.
4) masukkan separuh daripada 1 tin cendawan butang yang dipotong nipis.masukkan jg lada benggala.kacaukan.dan masukkan juga meatball. kemudian tambahkan 5 gelas air. renehkan sebentar selama 10 minit.kemudian masukkan 1 tin kecil tomato puree.
5) masukkan 1 cawan susu rendah lemak HL . kacau hingga rata dan pekat. masukkan garam secukup rasa.
6) akhir sekali masukkan serbuk oregano (masukkan lebih untuk naikkan baunya).tunggu hingga 10 minit.
7) kalau dah cukup rasa, dan masak. boleh angkat dan hidangkan.
dan peringatan sebelum masak bacalah doa moga ada keberkatan dalam masakan.kita nak menjamu orang tentulah kita nak berikan yang terbaik, dan makanan yang terbaik yang dibaca dengan ayat Allah itulah yang akan menjadi darah daging dalam badan kita.untuk senarai doa yang boleh dibaca ketika memasak sila click link di bawah :
adab dan doa ketika memasak
selamat mencuba.:).
wallahu'alam.
bagus2..bole blaja masak dgn mai nih:)
ReplyDeletemasih ingat dadih & sandwich?heheh..
resipi dadih simpn lg kan...
esh..akak kan hidup lebih lama dari saya,jauh pengalaman luas kepakaran..he.. spatutnya sy yg belajar masak dgn akak..ala kak sih..ingat2 lupe la dadih tak jadi tu..>,>...nnt sy bongkar balik dlm otak sy,mana entah tselit resepi tu..hee:D
ReplyDeleteaca,, letak la resipi bebanyak sikit... boleh belajar.. :)))))
ReplyDeleteteh, kalau tulis bebanyak...jd blog resepi pulak kang...nama blog da la jiwang..:D..
ReplyDelete