m..banyak2 kenangan..kenangan yang paling saya tak dapat lupakan ialah peristiwa2 yg saya lalui sepanjang tingkatan 5 di SIGS .Nama rasminya sekolah Menengah Sultan Ibrahim tapi nama glamernya Sultan Ibrahim Girl School. sungguh banyak kenangan manis dan pahit sepanjang sy sekolah. juga kejayaan-kejayaan yang ditempa hasil usaha dan doa ibubapa dan guru-guru tercinta.. sungguh saya sangat sayang mereka!..
pengalaman lalu sedikit sebanyak sebagai pelajaran penting untuk saya mulakan langkah dalam hidup.
Punya hikmah yang besar yang Allah tentukan setelah saya berpindah sekolah..daripada bidang sains turun ke bidang seni dan perdagangan. satu perancangan yang tak terjangka.. punyalah memberontak taknak pindah sekolah..tapi itulah kuasa Allah.. Dia lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. kenangan yang kita rasa pahit dulunya sebenarnya bila dikenang, manis rupanya..:)..saya berjumpa manusia-manusia yang mengajar saya erti dunia yang berbeza-beza dan bijak memilih jalan mana yang ingin saya ikut.
bukanlah di sini untuk saya cerita segala cerita-cerita lama.. kerana saya sangat tak suka buka buku lama yang dah berhabuk. kita masing-masing mesti ada kenangan dan cerita lalu yang tak boleh dilupakan. biar cerita lama jadi pengajaran untuk kita supaya tak berulang kesilapan lagi, dan tak masuk lubang yang sama lebih daripada 2 kali.
kenangan bersama kawan-kawan yang kecoh mecoh di akhir-akhir tahun menjelang SPM. saya memang tak pandai bergambar kalau diminta berposing. jadi beginilah hasilnya. |
masa semakin berlalu.. Imam Hassan Al-Banna juga ada menyebut kerja lebih banyak daripada masa yang ada.. umur semakin bertambah sedangkan amal masih sama..itu yang sangat saya takutkan..
tahun baru, dengan azam yang baru.. dengan kefahaman yang bertambah baru, dan usaha yang berterusan saya ingin melakukan perubahan dan melaksanakan azam tahun lalu yang tidak lagi dilaksanakan..moga Allah permudahkan saya dan mereka yang berjuang fisabilillah. samaada di tanah air mahupun ikhwan di seluruh dunia..wallahualam.
haha k.mai sorg je yg static
ReplyDelete