news feed FB saya dah bersih daripada status, post samaada berupa
umpatan, fitnah, caci maki,tuduhan, iklan yang merosakkan dan sebagainya..kepada mereka yang kurang
beradab di facebook, saya minta maaf kerana mata dan hati saya sakit
tengok post sebegitu.. makanya sebelum semput saya makin teruk dan untuk
mengelakkan saya terkena serangan sakit jantung ( nauzubillah) saya
telah menyusun anda di tempat yang sepatutnya ..:) ..* maaf, ini kepada yang berkenaan sahaja..tak semua macam tu..sbb ramai kawan2 saya baik2 orangnya* .
sekiranya ingin mengkritik, kritiklah dengan hujah yang bernas, dengan adab dan akhlak yang baik,dengan aqal yang sihat dan waras bersandarkan pada Al-Quran dan Hadis.
kepada pengumpat,
pengeji, pencela dan pemfitnah..Bertaqwalah dan takutlah kamu kepada
Allah...
lidah itu amanah.. dan setiap anggota akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti..
Sunday, January 6, 2013
Saturday, January 5, 2013
suatu ketika dulu di SIGS
ini cerita dan contengan saya yang kedua untuk tahun ini.. bukan kisah dongeng mahupun karya fiksyen seperti kisah lebah itu aku yang saya tulis sebelum ni. seperti biasa.. bila musim exam kadang-kadang saya lebih kerap menconteng.. inilah musim terbaik untuk saya kemas balik laci-laci dalam otak saya yang tengah bersepah. mana yang salah letak masuk dekat laci yang betul. mana yang tak guna, buang!. susun perancangan satu-satu dan buat salinan kat dalam blog mana yang saya rasa tak best kalau sorok dalam laci tu.:)..
m..banyak2 kenangan..kenangan yang paling saya tak dapat lupakan ialah peristiwa2 yg saya lalui sepanjang tingkatan 5 di SIGS .Nama rasminya sekolah Menengah Sultan Ibrahim tapi nama glamernya Sultan Ibrahim Girl School. sungguh banyak kenangan manis dan pahit sepanjang sy sekolah. juga kejayaan-kejayaan yang ditempa hasil usaha dan doa ibubapa dan guru-guru tercinta.. sungguh saya sangat sayang mereka!..
pengalaman lalu sedikit sebanyak sebagai pelajaran penting untuk saya mulakan langkah dalam hidup.
Punya hikmah yang besar yang Allah tentukan setelah saya berpindah sekolah..daripada bidang sains turun ke bidang seni dan perdagangan. satu perancangan yang tak terjangka.. punyalah memberontak taknak pindah sekolah..tapi itulah kuasa Allah.. Dia lebih mengerti apa yang terbaik untuk kita. kenangan yang kita rasa pahit dulunya sebenarnya bila dikenang, manis rupanya..:)..saya berjumpa manusia-manusia yang mengajar saya erti dunia yang berbeza-beza dan bijak memilih jalan mana yang ingin saya ikut.
bukanlah di sini untuk saya cerita segala cerita-cerita lama.. kerana saya sangat tak suka buka buku lama yang dah berhabuk. kita masing-masing mesti ada kenangan dan cerita lalu yang tak boleh dilupakan. biar cerita lama jadi pengajaran untuk kita supaya tak berulang kesilapan lagi, dan tak masuk lubang yang sama lebih daripada 2 kali.
kini.. 6 tahun telah berlalu meninggalkan alam persekolahan. tapi hati saya masih tetap di sana..
masa semakin berlalu.. Imam Hassan Al-Banna juga ada menyebut kerja lebih banyak daripada masa yang ada.. umur semakin bertambah sedangkan amal masih sama..itu yang sangat saya takutkan..
tahun baru, dengan azam yang baru.. dengan kefahaman yang bertambah baru, dan usaha yang berterusan saya ingin melakukan perubahan dan melaksanakan azam tahun lalu yang tidak lagi dilaksanakan..moga Allah permudahkan saya dan mereka yang berjuang fisabilillah. samaada di tanah air mahupun ikhwan di seluruh dunia..wallahualam.

kenangan bersama kawan-kawan yang kecoh mecoh di akhir-akhir tahun menjelang SPM. saya memang tak pandai bergambar kalau diminta berposing. jadi beginilah hasilnya. |
masa semakin berlalu.. Imam Hassan Al-Banna juga ada menyebut kerja lebih banyak daripada masa yang ada.. umur semakin bertambah sedangkan amal masih sama..itu yang sangat saya takutkan..
tahun baru, dengan azam yang baru.. dengan kefahaman yang bertambah baru, dan usaha yang berterusan saya ingin melakukan perubahan dan melaksanakan azam tahun lalu yang tidak lagi dilaksanakan..moga Allah permudahkan saya dan mereka yang berjuang fisabilillah. samaada di tanah air mahupun ikhwan di seluruh dunia..wallahualam.
Thursday, January 3, 2013
Lebah itu aku siri 1
ada sebuah cerita ,tentang si lebah dan kawan-kawannya..lebah ni , kerjanya sangaaat banyak...
dia sangat rajin dan sungguh sibuk, sebab tu orang selalu cakap 'busy as bee'..tambahan pulak sekarang ni lebah dan kawan-kawannya selalu ditawarkan untuk berlakon dalam filem-filem.tak kisahla dalam filem animasi ke atau filem-filem kampung, ditambah dengan disiplin yang tinggi dan raut wajah lebah yang comel, kacak dan bergaya menjadi aset tambahan mereka...jadi memang sibuk.. cuma rutin harian mencari madu memang takkan pernah ditinggalkan.walaupun kesibukan melanda, kualiti madu-madunya juga tak pernah merosot dan berkurangan. iya...lebah sangat konsisten dan tidak lupa diri juga.
satu hari lebah dan kawan-kawannya jalan-jalan sambil mencari madu, hasrat di hati juga ingin mencuri pemandangan yang indah di taman..
lebah terjumpa labah-labah.. sibuk jugak cik labah-labah ni.. haih..nak tegur malu pulak...
hm.tegurlah kejap..
'Assalamualaikum labah-labah...busy nampak..mengalahkan lebah pulak..apa kau buat tuh?"
oh lebah..wa'alaikumussalam..aku tengah sibuk buat sawang ni...ada projek pembinaan sawang keluarga labah-labah daripada London aku dapat..katenya diorang nak pindah Malaysia..contract 3 bulan je..projek pembinaan ni pulak dia nakkan sawang yang betul-betul berkualiti tinggi dan yang tak mudah rosak. kalau aku tak siap dalam masa 3 bulan ni habislah aku...phew~"
oh..tu yang kau bertungkus lumus ni..kau buat benda ni sorang-sorang je?..banyak ke kau dapat untung buat projek ni?
A'ah sorang je.. aku ni baru bertatih-tatih dengan business ni...buat masa sekarang ni belum mampu lagi untuk upah pekerja.. takpelah, In Syaa Allah, selagi Allah bagi aku kekuatan boleh lagi aku buat nih.. em..untung tu alhamdulilah boleh tahanlaa..ha..kau ni duk lepak sini, takda kerja ke?..
"alamak eh....takdelah, aku tengah cari madu ha..terjumpa kau kat sini..oklah bro...jalan dulu..selamat membina, moga dipermudahkan urusan!"
jalan-jalan....terbang dan terbang...ha..bunga ni nampak manis.. lebah mengeluarkan peralatan untuk menyedut madu, dan kantung untuk menyimpan stok madu-madu tersebut..
ngeng...ngeng...ngeng...
hm...datang dah dia...rungut lebah tanpa menoleh..tahu persis dia bunyi siapa yang mendekati cik lebah ni...bukannya dia tak suka nyamuk ni, tapi dia agak sakit hati dengan pekerjaan nyamuk yang selalu memudaratkan manusia..
lebaaah!...yuhuu....buat hape tuu?.
haa...nyamuk.. biasalah...mencari rezeki..kau tak kerja harini?
esh...mana boleh aku tak kerja..tengah sibuk cari kerjalah ni...kau tahu-tahu ajelah sekarang ni kawasan perumahan kampung seberang tu tengah buat semburan nyamuk...tak berani lah aku nak pergi situ..
iyalah..mana taknya..aku dengar cerita anak pak seman masuk hospital sebab demam denggi.. itu kau punya kerja ke?.
esh..setahu aku takda pulak aku gigit anak pak seman..hm..eh..entahla..aku pun tak ingat..masalahnya, manusia ni ramai sangat tak jaga alam sekitar dengan elok.. kau tengoklah longkang pun kotor, air bertakung sana-sini, manalah nyamuk macam aku ni tak suka datang...lagipun memang darah tu sumber rezeki aku...kalau aku tukar profesion cari madu pelik pulak lah karang kan..
oh..iyalah muk.. okeylah nyamuk, dah senja ni..aku kena balik dah ni..
oh..okey..babai...
dalam perjalanan lebah membawa stok-stok madu pulang ke sarang, dia berfikir panjang....
masing-masing sibuk dengan pekerjaan masing-masing..tapi apa yang menyibukkan mereka itulah yang membezakan setiap orang.. ada yang sibuk ke arah kebaikan, ada pula yang sibuk membawa kemudaratan..
hm...melalui penelitian aku terhadap manusia juga aku dapat tengok..manusia pun sama..ada yang bertungkus lumus memperbaiki kehidupannya, ada pula yang bertungkus lumus untuk membinasakan hidupnya sendiri.
lagi aku bertambah pelik.. Allah bagi manusia akal , satu kurniaan agung yang takda pada serangga macam aku dan spesis serangga dan haiwan lain.. tapi kenapa mereka menggunakan akal untuk buat perkara yang jauh daripada apa yang tuhan telah perintahkan.
telah Allah katakan, jauhi zina..e'eh buat juga..telah juga Allah turunkan AL-Quran sebagai aturan hidup itu pun ada juga sumber lain yang diambil sebagai pegangan hidup..macam-macam sekarang ni..aku pernah dengar pasal ideologi liberalisme.. aku yang lebah biasa ni pun boleh sakit kepala tengok ideologi pelik macam tu..macamanalah manusia boleh mengagungkan kebebasan secara mutlak sedangkan kita sebagai hamba Allah memang tiada kebebasan secara total. kita masih tetap ada syariat sebagai panduan hidup.. hmh.. taknaklah aku membebel panjang..manusia lebih pandai berfikir berbanding lebah kecil macam aku..
Subscribe to:
Posts (Atom)