Saturday, October 23, 2010

wujudkah lagi Ar-rijal pada zaman kini??



Arrijal....pemuda...lelaki..pada bahasanya rijal bermaksud lelaki...rijal disini membawa maksud kekuatannya..kekuatan seorang pemuda...bila cakap pasal pemuda kitaran umurnya dalam usia 20-30 thn kan...jika dibandingkan kekuatan seorang lelaki dan wanita pasti jauh bezanya..namun rijal yang dicari bukanlah sahaja seorang pemuda lelaki...konsep arrijal yang dicari adalah jiwa seorang lelaki..jiwa seorang arrijal yang telah tertanam sifat keberaniannya mengibarkan islam, kuatnya usaha dalam melawan arus globalisasi yang tidak keruan..konsep yang tertanam dalam tarbiyyah diri untuk mencapai sebuah negara islam yang berdaulat...hingga berjayanya islam dalam mencapai Ustazi'atul Alam..kekuatan itu merangkumi kekuatan fizikal dan rohani....arrijal itu para pemuda dan pemudi...para lelaki dan wanita....mari kita imbas siapakah para arrijal lelaki dan wanita pada zaman nabi-nabi...^_^ :

(maklumat yang di kongsi daripada ceramah memahami remaja dari perspektif islam, iium, by Ust.asy'ari)

nabi Musa A.S : menentang firaun ketika berusia 25 tahun...walhal di manakah kita ketika berumur 25 tahun?...

nabi yussuf A.S : menjadi menteri kewangan ketika berusia 24 tahun....sebelum menjadi menteri kewangan yussuf telah dipenjarakan selama 9 tahun kerana fitnah seorang wanita..ketika dipenjarakan yussuf berumur dalam lingkungan 16- 23 tahun....sabar dan tabahnya yussuf yang terseksa atas hukuman manusia yang tidak adil...namun kesusahannya membuahkan iman yang semakin bertambah-tambah..di manakah kita ketika berumur 16 tahun?.....baru habis PMR..duit pun mintak dengan mak ayah lagi...:D...

imam syafi'ie : menjadi mufti ketika berusia 18 tahun...

ibnu Abbas : mahaguru tafsir ketika berusia 15 tahun...

Usamah bin. Zaid : menjadi panglima perang ketika berusia 18 tahun...

Muhammad Al- Fateh : membuka ottoman empire (kerajaan turki uthmaniyyah) ketika berusia 16- 19 tahun..keluasan empayar itu dianggarkan berjumlah lebih kurang 20 buah negara...
ketika berumur 22 tahun berjaya menawan dan meruntuhkan kekebalan kota konstantinople yang diperintah oleh kerajaan byzantine ketika itu...memimpin 150 000 orang tentera..kebijaksanaannya dalam melumpuhkan kuasa byzantine....kisahnya betul-betul menarik..^_^...( Sultan Muhammad Al-fateh penakluk konstantinople- RM 24.00)...boleh cari dimana-mana kedai buku...

kisah tentang 12 orang kanak-kanak yang berbaris dihadapan nabi muhammad S.A.W yang memohon kepada nabi untuk menyertai perang uhud sampai nabi terpaksa tapis mereka kerana usia mereka terlalu kecil...

dan banyak lagi kisah-kisah kualiti pemuda pada zaman kenabian.....jika anda rajin carilah buku-buku tentang kisah-kisah mereka...memang menarik dan mengagumkan....;)....


kita suka bila mendengar cerita tentang mereka....berbangga dengan pencapaian mereka dalam menegakkan agama..namun berapa ramai yang mengambil pengajaran dari kisah mereka?....berapa ramai yang menjadikan mereka sebagai idola?..berapa ramai yang menjadikan mereka sebagai contoh ikutan...malah berapa ramai yang menjadikan artis sebagai 'perwira negara' ?.....berapa ramai yang menjadikan bill gates sebagai tokoh hartawan yang disanjung tinggi?....anda fikirlah sendiri...^_^.....

cuba tengok remaja zaman kini....................rempit......dadah.......zina....couple..perlacuran.....arak...judi.......apa lagi?.......apa lagi yang tak disentuh oleh remaja kita sekarang?........semuanya nak test....bagaimana hendak membentuk arrijal yang dicari andai masalah sosial tak selesai....dianggarkan setiap 14.5 minit bayi luar nikah akan dilahirkan di malaysia!!....

seperti kata ustaz asy'ari, anda jijik melihat bayi kena buang tetapi kenapa anda tidak jijik kepada proses yang menyebabkan terjadinya bayi itu?..

berbalik kembali pada didikan ibu bapa...ibu dan bapa adalah guru pertama....

berikut adalah contoh carta pendidikan untuk anak-anak yang boleh dikongsi bersama :

0- 2 tahun : Rawatan..memberi kasih sayang dan merawat anak-ketika ketika dalam kesakitan..

2-7 tahun : memberi asuhan dengan didikan agama dengan sebaiknya...inilah tempoh usia untuk membentuk generasi akan datang.....inilah tempoh permulaan sama ada ingin membentuk anak soleh atau anak derhaka...

7-14 tahun : Pendidikan!!.....ini lah usia di mana nabi sangat mementingkannya...usia yang kritikal..rasullullah pesan rotanlah anak itu....sbb waktu inilah anak mula mencari jatidiri dan expose dengan dunia luar.....namun bapa zaman sekarang susahnya nak jumpa yang betul-betul 'bapa'..insyaAllah ada tetapi jumlahnya tak banyak....walhal peranan bapa itulah sebagai penegur dan ibu sebagai pemujuk...tapi zaman sekarang terbalik dah...ibu yang jadi tukang marah bapak pula berlagak cooool....anak tak balik rumah sampai tengah malam pun takpe....bapak cool kan...sporting la.....ye tak?!....:D....melalui kajian polis diraja Malaysia kes rogol yang dilakukan kanak-kanak tadika di malaysia ada sebanyak 11 kes....itu baru kanak-kanak tadika...........................belum masuk remaja lagi...haih...:(..beribu-ribu kes dah...macam-macam...

14-21 tahun : pengajaran...ini adalah usia di mana anak-anak mengambil pengajaran daripada didikan ibu bapa sejak kecil lagi....namun ibu dan bapa perlu tetap mengawasi mereka.....kerana zaman sekarang hendak memenangi hati anak-anak bukanlah mudah....kawan-kawan yang lebih jaguh dan handal...anak balik sekolah cerita tentang result yang tak seberapa pada mak ayah, bukannya hendak ditenangkan hati anak tu, malah dimarahi dan dirotannya pulak anak tu.....itulah sbb anak-anak tu cari boyfriend atau girlfriend  untuk dicurahkan rasa hati.....itulah sebabnya anak perempuan tergadai diri hanya disebabkan hendak mencari perhatian dan kasih sayang dari orang lain...bila dah salah pilih orang tergadai maruah diri...dalam kes ni..ibu bapa yang jadi punca.....cuba kalau ibu bapa yang menjadikan anak-anak sebagai kawan....walau tegas dalam bimbingan namun tetap sahaja ibu bapa boleh melentur dirinya untuk berkongsi masalah dengan anak-anak...tiadalah masalah anak-anak yang kurang kasih sayang...bila hati anak-anak yang sudah cukup dengan kasih sayang ibu bapa insyaAllah berkurang kes anak-anak 'makan luar'.......;)...insyaAllah moga Allah membantu usaha kita....

itu sahaja yang dapat saya kongsikan.....maaf  kiranya ada terlanjur kata.....moga penulisan saya kali ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan generasi ibu bapa zaman hadapan yang lebih berkualiti untuk membentuk  generasi arrijal yang dicari......kudoakan juga moga kita semua dapat menjadi arrijal yang diredhai...arrijal yang kuat fizikal dan rohani....insyaAllah......wallahualam.....salam....(^_^) \~/ 

2 comments: