assalamualaikum wr wbt...wasiat dibawah saya kongsikan buat semua teman-teman yg saya dptkan dari email seorang kawan..buat para pemilik hati yang inginkan perubahan dari teguran, renungkan setiap bait kata-kata ini...moga Allah merahmatimu...
Wasiat kepada para muslimat...
Wasiat kepada isteri beliau...
Wahai isteriku! Aku ada terlalu banyak perkara untuk dikatakan padamu. Moga Allah memberi ganjaran kepadamu bagi pihak aku dan bagi pihak umat Islam. Kau sungguh bersabar bersamaku dan kau berdiri bersamaku melalui segala kesusahan dan pancaroba dengan kesabaran dan ketabahan. Dari dirimu aku mendapat sokongan yang aku perlukan untuk meneruskan jihad ini. Aku berikan kau tanggungjawab ke atas rumah pada 1969. Ketika itu kita mempunyai tiga orang anak yang kecil hidup di sebuah bilik tanpa dapur dan peralatan. Apabila keluarga kita semakin besar, anak-anak kita semakin membesar, tetamu-tetamu kita semakin bertambah, kau bersabar dengan keadaan ini...dan banyak lagi kerana Allah, juga ketaatanmu padaku sebagai suami. Aku berdoa agar moga Allah memberi ganjaran padamu bagi pihakku. Jika tidak dengan kesabaranmu, aku tidak akan mampu menanggung beban ini seorang diri. Kau adalah isteri yang redha dan tidak mementingkan kebendaan. Kau juga tidak pernah merungut kerana kekurangan kebendaan ini. Kau juga tidak pernah boros ketika mempunyai sedikit kesenangan.
Kehidupan jihad adalah kehidupan yang paling menyeronokkan. Bersabar dalam menghadapi kesusahan adalah lebih baik daripada hidup mewah. Bersabarlah dan redhalah dengan apa yang ada nescaya Allah akan mencintaimu. Jangan kau inginkan apa yang dimiliki oleh orang lain nescaya orang akan menyayangimu. Al-Quran adalah penghibur kehidupan. Tajahhud, puasa sunat dan memohon keampunan; semua ini akan menjadikan hati jernih dan ibadah manis. Cukup dengan keperluan asas, benda-benda halal, menjauhkan diri daripada kelihatan hebat dan sifat berlebih-lebih akan membawa keamanan dan ketenangan pada hati. Aku berdoa kepada Allah semoga kita disatukan kembali di syurga seperti Dia menyatukan kita di dunia ini.
# Dr Abdullah Yusuf Azzam syahid bersama dua anaknya; Muhammad dan Ibrahim dan anak as-Syeikh al-Marhum Tamim Adnani, seorang tokoh di Afghanistan dalam letupan bom pada Jumaat, 24 November 1989 di Penshawar Pakistan ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Ketika itu isteri beliau sedang sarat mengandung.
subhanallah..moga terus jadi panduan buat kita semua untuk berusaha menjadi seorang wanita beriman yg bersederhana dalam setiap perkara...wallahualam.
No comments:
Post a Comment