salam semua sahabat..moga dalam rahmat Allah sentiasa.
harini..tidak byk yg ingin disampaikan...cuma ingin berkongsi sedikit input yg br saya dpt dr talk stress management beberapa hari lepas.
salah satu kata-kata speaker yang sentiasa terngiang2 di kepala saya...apakah tujuan hidup anda?...apa makna dalam hidup anda?....sebagai pelajar apakah yg anda kejar?...dean list atau deen list???....
menjadi dean list sudah tentu menjadi kebanggaan buat diri kita..kejayaan-kejayaan yang mampu memberi bahagia dan gembira sama ada buat diri kita dan juga keluarga....dihormati manusia...disayangi kawan-kawan dan masyarakat kan...^_^...tp persoalannya apakah dean list sahaja kita berjaya memenangi hati Tuhan kita..Allah s.w.t??...itu belum tentu....bila kita berjaya di dunia dengan kejayaan-kejayaan ciptaan manusia belum tentu kita mampu menjadi deen list..belum tentu kita berjaya menjadi salah sorang dari senarai hamba Allah yg taat pada agama,dan beriman pada yang esa.
walaupun begitu islam tidak pernah melarang kita melakukan sesuatu utk kejayaan di dunia...malah digalakkan kita untuk melakar sejarah kejayaan dalam hidup kita sendiri..itu bagi membuktikan islam bukan hanya pada agama semata-mata..tp islam itu adalah cara hidup kita..
” …bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnia (rezeki) Allah dan ingatlah akan Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu menang..'' (al jumu'ah : 10)...
tidak salah untuk mencari rezeki, dan ada simpan target kita utk berjaya..cuma syaratnya...jangan jauh dari Allah...bila kita letakkan satu amal perbuatan kita sentiasa dalam pemeliharaan tuhan insyaAllah kita akan sentiasa terjaga dan doa kita pasti akan dimakbulkan..cukup dengan menjaga hubungan kita dengan Allah...
dan juga.....bila kita menjadi salah seorang yang tersenarai dalam Deen list, tidak mustahil untuk kita berjaya mendapat Dean list....^_^....insyaAllah..amin ya rabb...bagi yang akan menduduki final exam sem ni..selamat menghadapi ujian peperiksaan..jaga makan dan kesihatan..^_^..ma'an najah fil imtihan...salam..
No comments:
Post a Comment