Monday, April 2, 2012

tak semua orang ada keburukan yang macam kita ada?



misi awal saya buat masa ini ialah belajar memandu kereta manual sampai mahir untuk pass JPJ shj..sbb nanti saya tetap nak pakai kereta auto jugak bila dah kerja..xpela kan..saya tak kisah pun sesetengah pendapat org kata pempuan tak mahir driving manual..yg penting kereta berjalan..;)

Pengajarannya..tak semua orang ada kelebihan dan kepakaran yang kita ada..atau tak semua orang ada kekurangan dan keburukan yang kita punya..jadi adil kan?. Allah bagi setiap manusia ni kelebihan dan kejadian yang adil..setiap daripadanya Allah ciptakan berpasang-pasangan..ada hitam ada putih, ada yang yang cuai ada pula yang teliti, ada yang cekap ada yang lembab..

jadi..kita kena terima kekurangan dan kelebihan yang orang lain punya.. tak pun paling kuman sekurang-kurangnya..kita kena terima kekurangan dan kelebihan yang kita punya..cukup dengan apa yang kita ada..tak perlu nak merungut atau rasa rendah diri dengan kekurangan diri..sebab Allah dah cukup adil dengan pemberiannya..

kalau kita tak mahir memandu, mungkin Allah bagi kita kelebihan tangan yang sejuk untuk bertani dan bercucuk tanam?..kalau kita tak pandai menjahit mungkin kita ada kelebihan memasak..kalau kita tak pandai melukis mungkin kita ada kelebihan bercakap..

ha..kan..cuba kita fikir dan renungkan...apa yang kita takda, dan apa yang kita ada...dan setakat mana kita menerima diri kita seadanya sebagai tanda dan bukti kesyukuran kita pada yang Esa..

tetapi..bukan semua kekurangan kita pendam jadi pekasam lagi-lagi dalam bab ilmu,akidah,akhlak..kadang2 ada keburukan dan keaiban yang perlu kita ubah kepada kebaikan..cuma kena usaha..

kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya..:)..

No comments:

Post a Comment