Sunday, June 12, 2011

belajar dari sisi seorang penjual



 bismillah...assalamualaikum..:)

alhamdulilah selesai sudah mahrajan nazim kebangsaan minggu lepas..melihatkan aksi kanak-kanak yang melakukan persembahan di atas pentas memang menghiburkan hati..kurang rasa stress yang berserabut dgn assignment2 yg masih tergendala.

ketika mahrajan ini berlangsung..beberapa perkara sangat terkesan dalam hidup saya iaitu pengalaman menjadi seorang penjual.

sehari sebelum bergerak ke putrajaya, saya dan 2 orang kawan menyiapkan pelbagai jenis barang2 persiapan untuk di jual..sandwich, dadih,air kotak dan sand art..bermula lah kisah kami sebagai seorang penjual selama sehari sahaja..

tengah2 malam dah ketuk periuk untuk memasak inti sandwich sardin dan dadih di tadika seorang kakak ni..alhamdulilah masing2 saling membantu...tetapi masalah timbul berlaku apabila kami perlu membuat dadih dengan cara tradisional...>,<..hasil sepakat melalui meeting kelab bersama ajk lain..

caranya tanpa menggunakan serbuk dadih segera sbb dadih segera kurang berkhasiat..nak bagi budak2 makan,jd segala makanan dimasak diatas dapur..sardin ditumis juga supaya tak rasa hanyir..

sukatan untuk memasak dadih telah diberikan..resepi yg kami cari2 dari orang2 mengatakan 10gm serbuk agar2 untuk 50 cawan dadih..tapi hasilnya kami cuma dapat 13 cawan sahaja..wah..garu kepala kami dibuatnya..tapi secara logiknya patutnya mmg 13 cawan sbb serbuk agar2 dicampur dengan 13 cawan air..he..pengalaman pertama..masak dadih kali kedua saya pun gatal2 tangan tambah air..sbb mungkin dadih sebelumnya pekat..bila tengok hasilnya..wah..dadih cair...:D..kami perasan yang dadih tu cair pun ketika waktu yg sangat lambat..nak jual dadih pada orang tiba2 tengok dadih tu meliuk lentuk semacam je dalam cawan...he..akhirnya,kami jual dengan harga 20 sen..kalau tak orang marah kita jual dadih tak jadi dengan harga rm1..selain tu, sand art perlu dibungkus warna2 yg berlainan dalam plastik2 kecil, disebabkan masa tak cukup utk persiapan, peralatan masakan dan peralatan jualan yg terlupa dibeli dicari malam tu juga..bekas polisterin utk menjual dah habis di giant,jadi kami menggunakan plastik2 sahaja untuk mengangkut dadih dan makanan ke putrajaya..

ketika inilah kami sedar...betapa susahnya seorang penjual menyiapkan segala kelengkapan jualan pada waktu tengah malam..memastikan segala sukatan cukup mengikut kuantiti yg ingin dijual, rasa yang cukup agar tidak disalah ertikan...kita yang selama ini berada pada posisi seorang pembeli mungkin jarang atau belum pernah memikirkan pengorbanan yang dilakukan oleh seorang penjual bagi mencari rezeki..kadangkala sumpah seranah kita hamburkan ketika makanan yang di masak kurang enak di tekak...syukur kita kadangkala hilang bila kita sentiasa mudah memilih makanan..tanpa memikirkan nasib mereka yg kebuluran mencari makanan..ni lah dia lumrah manusia..bila dah rasa pengalaman baru sedar..>,<..manusia belajar dari pengalaman..kalau tak kita susah nak pandang pengajaran..

ketika seorang penjual ingin mengambil bayaran anda...saya yakin para pembeli akan expect yg penjual mmg dah pakar bab kiraan..he..walhal sebenarnya perasaan nak ambil duit tu hanya Allah je yg tahu..takut tersalah congak baki wang terkurang atau terlebih..panik bila orang bagi duit besar untuk harga makanan yang sangat kecil..semuanya bakal dirasakan oleh seorang penjual...pembeli pulak kadangkala tak kira duit yg kita kembalikan...ttp sebagai seorang pembeli saya sangat syorkan untuk kiralah duit yang dikembalikan, bukan untuk menghina penjual sbb tak pandai kira tapi bila dicampur dengan kepanikan salah kiraan ke, legalah sikit jika jumlah yg dikira oleh pembeli tu cukup..

tambahan...adab sebagai seorang pembeli..senyumlah sedikit kepada penjual..tak pun tanyalah dengan perkataan yang elok dan lebih bersopan santun...

dan selalunya dalam fikiran seorang pembeli ''selalunya orang yg berniaga ni belajar kurang rajin sikit,sbb tu la kena kerja meniaga cari duit''.hee.. ni la yg bermain dalam fikiran saya sebenarnya dulu..>,<..nauzubillah..sekarang baru sedar penjual  itu bagaimana...

lepas ni kita kena sedar mereka yg berniaga di luar sana lebih hebat sabarnya dari kita..bila mereka terpaksa tersenyum bagi meredakan pelbagai perasaan marah,bercampur sedih dan kecewa..bila seorang pembeli tanpa adabnya tarik muka,bila pembeli tanpa berhemahnya berkata-kata penuh nista,ada juga yang membelek2 barangan niaga tanpa membelinya..kadangkala seorang penjual cukup sahaja pembeli itu tersenyum dan berkata dengan cukup baik, sudah menghilangkan perasaan mereka yg kurang tenteram..walaupun tak membeli sekadar melalui dan membelek barang2 jualan tetapi sekadar sapaan itu juga menghilangkan penat yg dirasai...

ada juga kadangkala kita tengok penjual yang suka bermasam muka..kalau menjual tu mcm nak tak nak je layan kita...jadi,kena kena fikir positif...mungkin dia terlalu penat dengan kerja yang tak berhenti, melayan karenah pelanggan yg pelbagai ragam...sampai sukar dia nak tersenyum...jadi kita sebagai pembeli,senyumlah pada dia, untuk memberikan sedikit semangat dan tenang..senyum kan sedekah..kita suka orang senyum dengan kita, jadi orang pun mestilah suka kalau kita senyum pada dia kan..

pengajarannya...belajarlah dari sisi orang lain sebelum membuat sebarang penilaian..sebelum membuat sebarang keputusan ataupun sebelum kita marah..fikirkan dahulu 'jika kita di tempat dia....''..apa yg kita lakukan...jika kita yg menjadi punca kemarahan kesalahan atau apa2 sahaja fikirkan apa yg kita harapkan dari orang yg kita dah buat salah tu..sudah tentu kita nak dia lupakan kesalahan dan kemarahan dan diharapkan kemaafan..

sekian sahaja..byk sgt dah menulis..nnt makin lama makin merapu...oklah...jumpa lagi di lain waktu...:)..salam..

13 comments:

  1. nice..anyhow, mmg pglmn yg sgt brhrga n sgt manis:)

    ReplyDelete
  2. itulah asam garam dalam bidang perniagaan..perlu telus, jujur, amanah, sabar dan memerlukan atitud yang baik..semoga menjadi pedoman dan iktibar buat semua dalam menghadapi liku2 perniagaan serta kehidupan..

    ReplyDelete
  3. hee. nice sharing. pengalaman yg best kan mai? kite memang dari kecik minat jual2 ni.. 9/10 dr sumber rezeki tu.. tp mai feel lain sket ah sbb bpglaman dgn dadih tu kan. hehe. takpe mai, nnt kite buat yg versi betul punya. blajar dr pengalaman ;D

    ReplyDelete
  4. he..manis2..betul tu, belajar dari pengalaman..lain kali buat lebih sedap lagi..mana tau boleh tambah pendapatan untuk pembina pulak..:D..

    ReplyDelete
  5. terima kasih, kuasa senyum sangat besar dalam berniaga .....thanks

    ReplyDelete