jangan tangguh atau batalkan urusan tarbiah dan dakwah hanya kerana urusan peribadi.. balik kampung, banyak assignment, penat, nak berehat, kerja sorang-sorang takda orang nak tolong, takda transport, rasa macam nak demam, sakit perut dll..
bukan untuk menolak tepi tanggungjawab2 dan amanah kita pada kerjaya, pelajaran, keluarga dan kesihatan. itu juga keutamaan kita, tapi selesaikan dan susun urusan-urusan peribadi agar tidak menjejaskan kerja-kerja dakwah.
cuba cari pengganti yang boleh menggantikan kerja2 kita buat sementara sekiranya halangan tersebut memang tidak dapat dielakkan. berikan kepercayaan pada akhawat lain untuk menyelesaikan kerja-kerja yang ada, jangan kita rasa sekiranya kita takda kerja tersebut tak boleh jalan langsung.. bukan itu caranya..kita bekerja di atas susunan batu bata.. kita ada ukhuwwah yang saling menyusun dan saling melengkapi.
bila kita dah sign contact utk bekerja dalam medan amal, kita telah memegang amanah Allah yang sangat besar.. sedangkan puak-puak liberal dan sekular bekerja siang dan malam menyebarkan kemungkaran, adakah masih ada ruang untuk kita bertangguh dan bermalas-malasan?.
sama-sama kita fikirkan...*renungan utk diri sendiri sebenarnya..*
No comments:
Post a Comment