gambar hiasan sahaja!.. |
akhawat sungguh berbeza!.
mai..awak ni buat kerja lambat...macam siput...cuba buat kerja cepat sikit..marah kak pijah..
aisyah..hari-hari pergi ke kelas awal...kerjanya juga sentiasa menepati masa..datang meeting juga lebih awal daripada yang lain..baginya Allah bagi masa setiap orang 24 jam..belum lagi orang2 hebat seperti Assyahid Hassan Albanna yg sungguh sibuk dengan urusan dakwah,tarbiyyah, keluarga, pendidikan walhal kesihatan anak2 yang perlu diberi perhatian diberi masa lebih daripada 24 jam sehari..apa yang membezakannya ialah mereka orang-orang hebat yang tahu mengurus masa dan menyusun jadual hariannya dengan baik..dan aisyah bertekad untuk mencontohi tokoh-tokoh agung tersebut..
Leqa..suka makan, senyum dan gelak kuat-kuat...namun kerjanya sungguh tekun tapi agak keanak-anakan hingga ada kakak-kakak yang rasa dirinya suka bermain-main dan kurang serius dengan amal dakwah....
thahirah..sungguh serius..susah nak senyum dan agak garang orangnya...sungguh praktikal, teliti dan sukar menerima sedikit kecacatan dalam kerja...
syikin..sungguh lembut dan pemalu orangnya...sifatnya suka berada di belakang..lebih rela menjadi pembantu daripada menjadi pimpinan..namun dia seorang pembantu yang sungguh setia dan rajin bekerja..namun kadangkala boleh jadi begitu cuai dan culas dengan kerjanya.
.....
situasi di atas merupakan contoh beberapa perbezaan peribadi seorang ukhti yang kita akan jumpa..betapa kadangkala peribadi tersebut mungkin sukar diterima oleh sesetengah daripada kita..
cuba kita renungkan peribadi 2 orang sahabat rasulullah yang paling rasulullah sayangi...iaitu Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar..
2 tokoh pimpinan yang sungguh berbeza lagak dan tingkahnya..abu bakar sungguh halus dan lembut peribadinya,pemaaf dan santun akhlaknya..manakala umar begitu tegas dengan hukum Allah hingga dia pernah membuatkan empat makmum jatuh terkejut kerana bersin saat membetulkan saf dan barisan solat.
subhanallah berbeza kan?...
Rasulullah pernah berkata :
"sesungguhnya Allah melunakkan hati orang-orang tertentu sampai ada yang lebih lunak dari susu dan Allah mengeraskan hati orang-orang tertentu sampai ada yang lebih keras dari batu"..
adalah sangat aneh sekiranya kita hendak memaksa semua akhawat untuk berlagak sama peribadi dan sifatnya..
Biarkanlah peribadi-peribadi tersebut menjadi hiasan dan lekat ke dalam diri kita sesuai dengan ciptaan Allah dan kurniaan Allah..
kerana dengan perbezaan itulah lahirnya seorang tokoh karate yg hebat seperti nusaibah, seorang yg manja seperti A'isyah, seorang yg membentak dan ketawa terbahak seperti hafsah dan lembut serta keibuan seperti khadijah..
hargailah perbezaan antum semua..kita saling melengkapi dan saling memerlukan..wallahu'alam...
(cerita di atas tiada kaitan antara yg masih hidup dan mati..dan watak2 serta nama2 pelakon di atas sgt berbeza perwatakannya daripada yg asal..huhuhehe...sekadar contoh sahaja yaaa...)
best2...
ReplyDeletebtl tu..perbezaan perlu dihargai...
-jeeha-
hurm, baru nak musykil. kenapa ana mcm baik sangat tetiba ni. haha. oh, rekaan sebenarnya. berusaha ke arah yg lebih baik! yoshaa!
ReplyDeletep.s/ k.mai thanks for the letter. teehee ^^
heheh..pinjam nama..aisyah boleh!..
ReplyDelete