Monday, October 15, 2012

Kita bukan lalang


kata Huzaifah R.A ketika telah ditanya tentang tafsiran mayat hidup :

"Mayat hidup ialah orang yang tidak menentang kemungkaran samaada dengan tangan, lidah atau hatinya"..

 seringkali muslim terperangkap dengan 'Hikmah'. Memang benar teguran perlu dengan hikmah. Rasulullah orang yang paling lembut tindakannya, paling indah tutur katanya, malah paling berhikmah dalam bicaranya tetapi semuanya tidak menghalang baginda untuk bertegas dalam usul akidah, tidak menghalang baginda juga dalam menerjang kebatilan.

Seringkali juga Muslim risau dengan hikmah hingga takut-takut untuk menegakkan yang haq. Takut andai ada perasaan yang tercalar akibat daripada teguran tersebut, hingga akhirnya tiada langsung tindakan dibuat. nauzubillah.

Hikmah itu ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan dapat dilihat melalui 3 perkara iaitu  bijak menyusun keutamaan bermula daripada yang lebih penting kepada yang penting, bertahap serta beransur-ansur dalam proses melaksanakan keutamaan dan menggunakan teknik dakwah yang sesuai mengikut tempat, keadaan, tahap pemikiran dan umur golongan sasaran.

sebagai daie, bertegas dengan hak dan batil amat perlu walau sepahit mana akibatnya. kata Imam Hassan Albanna ketika dia mengambil keputusan untuk berundur daripada golongan yang goyah hatinya dan tidak tetap pendiriannya , " Sekiranya kamu enggan, tidak tetap pendirian dan teragak-agak memilih antara seruan-seruan yang membingungkan dan cara-cara yang gagal itu, maka barisan tentera Allah akan tetap berjalan tanpa menghiraukan ramai atau sedikit. tiada pertolongan dan kemenangan kecuali daripada Allah"

lantas, jangan mudah letih andai kita menentang arus-arus dimana majoriti masyarakat menyokong kemungkaran.Di Malaysia kita sedang bergasak dengan kuatnya arus liberal dan sosialis. malah ada kalangan mahasiswa yang tidak sedar mereka sendiri merupakan 'daie liberal'.  Mahasiswa perlu ada pendirian yang bersumberkan aqidah yang kukuh, berpandukan pada Quran dan Sunnah.  kerana kita bukan 'lalang' yang hanya ikut turut melayang.

No comments:

Post a Comment