Thursday, May 3, 2012

harapan untuk mereka..



alhamdulilah..inilah dia anak2 Nazim Gombak yang amat saya sayangi...comel kan?..:) Gambar dirakam ketika mereka sedang membuat persembahan nasyid di Masjid Negara tempoh hari..sungguh bersemangat mereka ni..lucu kami melihat mereka beraksi di pentas..walaupun usaha kami tidak sebesar mana tapi besar sekali harapan kami agar anak-anak nazim inilah satu hari nanti yang akan menjadi pewaris kerja-kerja membangunkan ummah satu masa nanti...

moga mereka membesar sebagai anak-anak soleh , hamba yang taat kepada perintah Allah, rasulullah dan ibubapa..

untuk makluman kawan-kawan semua.Kelab NAZIM merupakan sebuah organisasi yang bertapak di seluruh Negara dan  memberi pendidikan kepada kanak-kanak muslim akan peribadi2, akhlak, nilai jatidiri sebagai seorang muslim sesuai dengan harapan semua ibubapa yang menginginkan anak-anak yang seimbang fizikal dan spiritual..

macam-macam program yang disediakan untuk adik-adik nazim ni antaranya Tilawah dan Hafazan, karnival Sukan peringkat Zon, Festival NAZIM kebangsaan ( Pertandingan bakat-bakat muda dalam bidang nasyid, pidato, dikir barat dll) , seni dan kraftangan, kem motivasi, Kem Anak Soleh Anak Cemerlang, Qiamulail dan banyak lagi..

maklumat lanjut tentang Kelab NAZIM ( Kelab Anak-Anak Hebat Malaysia) Cawangan Gombak bolehlah layari :

www.nazimgombak.wordpress.com

anak-anak sekarang amat mudah terdedah dengan kehidupan dan persekitaran yang negatif..justeru.. terletak pada usaha kita, bagaimana ibubapa ingin membantu untuk menyelamatkan anak-anak daripada terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat diluar sana... permulaan pendidikan yang baik sejak kecil, membentuk peribadi anak-anak yang stabil..




No comments:

Post a Comment