Wednesday, February 8, 2012

Ani Wan,Sam Wan,Noe Wan...



Pemanggil : Hello, boleh saya bercakap dengan ani wan?
                    ( Ani Wan = Anyone = Sesiapa)


Operator    : ya, awak boleh bercakap dengan saya.


Pemanggil : tidak, saya mahu bercakap dengan ani wan.


Operator    : ya saya tahu awak ingin bercakap dengan sesiapa. jadi, awak boleh bercakap dengan saya. siapa ni?


Pemanggil  : saya sam wan. saya mahu bercakap dengan Ani wan. ada perkara penting yang ingin saya sampaikan.(Sam Wan = Someone = Seseorang )


Operator     : ya..saya tahu awak seseorang dan awak mahu bercakap dengan sesiapa. tapi apa yang awak hendak cakapkan?


Pemanggil  : (muka bosan...malas nak layan..=_=)..tolong bagitau adik saya, Ani wan yang abang kami Noe Wan terlibat dalam kemalangan. Tetapi Noe Wan tidak cedera dan dia sekarang sudah dihantar ke hospital. Sekarang ni, Avery Wan dalam perjalanan ke hospital.


Operator    : Jika tidak ada sesiapa yang cedera dan tidak ada sesiapa yang dihantar ke hospital, tentulah kemalangan itu bukan perkara penting!. Awak mungkin nak berlawak dengan saya, tapi saya tidak ada masa nak melayan awak!


Pemanggil  : Biadapnya awak ni !. siapa nama awak?


Operator     : Saya Saw Ree..( Saw ree = sorry = minta maaf)


Pemanggil   : Ya! Awak memang patut minta maaf. Apa nama awak?


Operator      : saya dah sebut tadi. nama saya saw ree.


Pemanggil    : oh...tidak !!!


---
lawak yang saya terjumpa dalam buku 'hidup bukan rahsia' atau versi englishnya 'life is an open secret'. sangat melucukan tetapi membuat saya terfikir juga..


mungkin saya banyak kali buat orang salah faham dengan kata2 saya sendiri. saya akui saya seorang yang berat mulut utk bercakap. bercakap pada waktu tertentu, dan waktu yang mendesak utk saya berkata-kata sesuatu. kadangkala, salah faham membuatkan saya lebih memilih untuk berdiam diri daripada mempertahankan diri..ya...setiap orang ada peribadi sendiri..macam abang badr (Pakar motivasi AMPAC) kata..bukan kelemahan tapi keunikan...:D..ceh....justeru...saya amat2 mohon maaf pada kawan2 semua sekiranya ada kata2 saya yang sukar difahami atau tersalah tafsirannya..


4 hari telah berlalunya tarikh kelahiran Rasulullah yang tersayang.. Aisyah RA pernah berkata " kata-kata Rasulullah saw adalah kata2 yang jelas dan boleh difahami oleh sesiapa yang mendengarnya "..
rasulullah mengulang kata2nya sebnyk tiga kali bagi memastikan kata2nya jelas,serta mudah difahami penggunaan perkataannya.


doakan saya agar lebih yakin untuk berbicara lepas ni...( al-maklum baru lepas menghadiri kursus bijak bicara untuk semua anjuran Pembina..hee).


untuk akhawat .."anda bijak berbicara! "...


doa nabi musa menghadap firaun..doa yang biasa kita dengarkan...


"Wahai tuhanku..lapangkanlah bagi, dadaku..dan mudahkanlah bagiku,tugasku..dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.."..(taha : 25-28)


doakan saya...dan doa itu untuk anda semua juga...:)


---
p/s : Barakallulakuma kak sih sayekti...berita walimah akak sangat2 menggembirakan kami...moga bahagia hingga ke syurga,moga jg akan terbinanya keluarga yg sakinah,mawaddah wa rahmah..^_^..andaian saya betul jg rupanya selama ni..akak ni memang tak lama naik 'tangga'..:D

2 comments:

  1. ani wan ani wan..

    hehe. lawak plak bc cerita ni.

    mai, buku life is an open secret ni best kan buku dia? author dia sape ek? lupalah..

    ReplyDelete
  2. he..best kan?..nama penulisnya zabrina abu bakar kalau tak silap..

    ReplyDelete