Monday, January 10, 2011

CINTA...sampai bila hendak menternaknya?

buat pertama kalinya saya memfokuskan kepada tajuk cinta..bukannya hendak menggelikan sesiapa dengan isu yang sensitif bahkan saya bawakannya kerana isu ini adalah isu biasa..yang kita sendiri akan hadapi mahupun orang sekeliling kita...saya ketengahkan bukan bermakna sahaja-sahaja mencari topik baru agar dapat mengisi kekosongan dan kelapangan,tetapi ini adalah sebahagian dari tanggungjawab sebagai saudara muslim..buat diri saya sendiri mahupun anda semua...






salahkah kita bercinta?....ramai yang kata couple itu haram...tapi kenapa?...apa itu cinta islami?...adakah cukup dikatakan berkasih sayang tanpa pegang-pegang tu dikatakan cinta yang islami?..


bukan mudah untuk mentafsirkan topik ini...isu yang subjektif tapi boleh jadi cukup kreatif dan inovatif...pelbagai jawapan akan terungkap...


rata-rata para muslim wa muslimah mengalami pelbagai masalah dan dilema yang tak kurang sama...
ada yang takut-takut hendak mengkabarkan berita pada orang tentang hubungan cinta mereka kerana takut menjadi fitnah yang mungkin dia adalah wanita 'segera'...dan akhirnya bersembunyi di sebalik istilah teman tapi mesra..ada yang langsung tidak ambil kisah tentang percakapan dan fitnah orang lain,kerana  menganggap cinta dan mencintai kerana Allah tidak salah kerana tak melibatkan persentuhan lelaki perempuan...(persoalannya sampai bila anda boleh bertahan dengan prinsip seperti itu?...andai anda mampu bertahan, anda memang hebatlah!...-_^)...




ada juga yang mengalami masalah di mana hati ingin tinggalkan pasangan tetapi belum cukup gagah menentang halangan dan ujian...tak kurang juga yang meninggalkan jalan tarbiyyah kerana takut kan pasangan yang tidak dapat menerima komitmen dakwahnya bila terjadinya perkahwinan..
semua ini adalah kisah benar....saya tidak mereka cerita mahupun menambah perasa...saya kongsikan cerita buat anda yang benar-benar memerlukan lorong jalan untuk memulakan tindakan,buat anda yang sedang keliru untuk mengambil keputusan dan buat diri saya sendiri yang sering dalam kelalaian...moga Allah mempermudahkan jalan..




anda harus faham...cinta manusia itu memang manis....Allah campakkan perasaan buat manusia agar saling berkasih sayang...cuma saluran untuk berkasih sayang tu kena betul...bila kita hendak tinggalkan maksiat memang memerlukan kekuatan yang betul-betul kuat...usaha kena berterusan...doa sebagai tunjang utama dan kekuatan...


bila kita tiba-tiba rasa lemah dengan pujukan pasangan agar mempertahankan hubungan, cubalah mohon pada Allah agar diberi kekuatan dan kesabaran agar tidak terpedaya untuk kembali ke jalan yang lama.


dan..kita kena yakin pada kuasa Allah...setiap dari kita Allah dah tentukan jodoh tersendiri..cuma yang membezakannya cepat atau lambat sahaja...bersabarlah...insyAllah Allah memahami perasaan hambanya..


kenallah Pencipta manusia sebelum mengenal si manusia...cintailah yang maha esa sebelum mencintai pasangan yang membawa jalan binasa...dan kasihilah Nabimu kerana dia sangat mengasihi dirimu sebagai umatnya..


asif jiddan atas segala kekurangan.....sesungguhnya kata-kata ini sebagai teguran buat diri saya dan rakan taulan...


sekian


wallahualam.

4 comments:

  1. salaam ziarah.

    ni rupanya hasil bersengkang mata hingga larut malam. huhu

    betul3. bila tgh angau, jadi buta. orang yang dah terkena cakap mcm2 bebrbuih mulut, pun tak jalan. dah terhantuk baru nak terngadah.

    manusia manusia.semuanya nak merasa.patutla malaikat tanya kenapa Allah nak cipta manusia.@_@

    Allahu a'laam.

    ReplyDelete
  2. fitrah manusia...nak buat macamana...
    cuma..sebagai manusia jangan sampai terlalu jauh leka dalam 'syurga dunia'..
    posibility untuk sesat sangat tinggi kalau tidak cukup berlandaskan taqwa..nauzubillah..moga kata2 ini tidak menjadi laknat buatku di akhirat nanti...

    lagipun syaitan akan sentiasa buat kita jadi seronok dengan dosa..

    ReplyDelete
  3. Mmg kreatif & inovatif kak mai huraikan bab cinta. Dan yg pasti ia tidak menggelikan seperti ssetengah blog kte bce :)

    Best2..

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah...

    moga kita semua terus thabat dalam memberi sumber informasi yg bermanfaat dalam penulisan blog..

    ReplyDelete