Saturday, January 28, 2012

belajar menjadi seperti semut

 saya begitu kagum dengan usaha semut ni..biskut kacang ni berganda-ganda lebih berat daripada badan dia..tp mampu dia pikul biskut ni. dia tak tahu apa yang bakal menanti dalam perjalanan dia membawa biskut tu kepada keluarganya. mungkin dia akan dipijak oleh kaki2 manusia atau diserang oleh kucing atau binatang2 lain..tp..dia tetap teruskan perjalanan..saya terfikir..mampukah saya menjadi seperti ini?.

----------


orang yang beriman, mereka tidak bsedih sekiranya hak yang dimilikinya diambil orang... tidak risau atau berdendam sekiranya orang melakukan kezaliman dan kejahatan ke atas diri mrk..tidak membanding-bandingkan kesenangan orang lain dan kesenangan yang mereka punya..
dihimpit bebanan hutang, sakit yang berpanjangan, anak-anak yang derhaka , kehilangan orang tersayang sama ada berpisah hidup atau berpisah nyawa..mereka tidak akan berputus asa dengan kesusahan serta dugaan yang bertimpa-timpa dibahu mereka..kesusahan tidak melemahkan jiwa hatta mereka terus bangun walau harus merangkak..


kerana mereka yakin dengan janji Allah bahawa tidak Dia timpakan sesuatu ujian yang sesuai dengan kesanggupan manusia..juga mereka pasti bahawa Allah sayangkan orang-orang yang sabar..dan mereka mahu menjadi sebahagian orang-orang yang disayangi itu..


apabila seseorang manusia itu dicintai oleh Allah..Allah sampaikan kepada seluruh alam agar mencintai hamba itu...Rasulullah SAW yang kita sayangi, para malaikat, tumbuh -tumbuhan, langit, bintang2 dan bulan serta seluruh makhluk bumi mendoakan kesejahteraan hamba yang Allah sayangi itu..tidak inginkah kita menjadi sebahagian orang yang dicintai dan sentiasa diberkahi itu?..


mereka percaya...jika kita di dunia, kita boleh mengubah hidup kita, tetapi jika di neraka tiada lagi peluang untuk kita ubah nasib kita..


tapi kita..kita selalu merungut..hidup kita susah..kehidupan kita terlalu sempit..dugaan kita terlalu berat..keluarga kita terlalu membebankan. pelajaran kita kian merosot..pekerjaan selalu jadi tunggang langgang. perancangan tidak mencapai sasaran. sakit kita terlalu perit. jodoh kita tak sampai2 walau usia makin tua..


kita sebagai manusia kadang-kadang kita lupa..segala rungutan kita menandakan kita kurang bersyukur dengan pemberian tuhan. cuba kita bayangkan, seandainya kita berikan seseorang hadiah..hadiah tu hadiah yang terbaik yg kita pilihkan khas utk kawan kita,kita beli dengan hati yang berbunga-bunga dengan harapan dia akan suka..tetapi bila dah bagi pd kawan kita..dia cebik muka, atau siap comment2 pulak hadiah tak cantik,bkn hadiah yg dia suka..tak cukup besar atau mahal..apa perasaan kita?..marah,kecewa?.


seperti itukah imbalan yang kita berikan pada Allah yang mengurniakan setiap nikmat kepada kita?.


sama-sama kita fikirkan...sama-sama kita semua berusaha menjadi orang yang bersyukur dan yakin setiap dugaan yang diterima sebenarnya Allah ingin selamatkan kita daripada kesusahan yang lebih berat yang tidak mampu kita tanggungi..sungguh Allah betul-betul maha pengasih dan penyayang...


Allahu'alam.

No comments:

Post a Comment