"kaunselor bukan sekadar mengurus emosi orang. bahkan perlu lebih bijak untuk mengurus emosi sendiri.."
saya merupakan seorang yang suka memerhatikan gelagat dan tingkahlaku manusia...memerhatikan dan memahami bahasa badan manusia sangat mengujakan!..:)....tapi kadang-kadang boleh jadi mengecewakan..:(
okeh..mari kembali semula ke alam nyata... berbalik kepada pokok isinya..
apabila kita diajar untuk mematuhi etika-etika dan akta sebagai seorang bakal kaunselor, mengapa tidak juga diaplikasikan kebaikan ataupun keluhuran nilai-nilai profesionalisme seorang kaunselor dalam kehidupan seharian?. ( saya tidak merujuk mana2 kaunselor yang telah berdaftar di malaysia..bahkan perkongsian ini dibuat kepada 'bakal kaunselor' yang bakal menjadi kaunselor sama ada di sekolah mahupun mana-mana institusi..post ini juga bukanlah dibuat untuk mengurangkan kredibiliti seorang bakal kaunselor, hatta ini sebagai berpesan-pesan agar kita sama-sama berusaha menjadi seorang kaunselor Muslim yang benar-benar berkualiti dan jujur dalam setiap tugasan.
seorang kaunselor merupakan harapan kepada ribuan atau jutaan manusia yang memerlukan pertolongan dan bimbingan.. kaunselor seharusnya membawa satu imej yang sama ke mana-mana bahkan sehingga ke dalam rumah hatta tempat tidurnya sekalipun.. do not splitting your personality unless you have split personality disorder..
untuk itu... saya ingin membawa anda untuk merenung beberapa persoalan yang menari-nari di minda saya..
- kita boleh menjadi begitu memahami terhadap masalah client, mengapa kita tidak begitu memahami masalah kawan-kawan, jiran tetangga, dan keluarga kita hingga kita terlupa sekejap makna toleransi, sabar, respect ?
- kita begitu berhemah kata-kata apabila berhadapan dengan kecelaruan dan kekusutan fikiran yang dihadapi client... tapi kenapa dengan kawan-kawan sekerja, jiran tetangga, kawan sekuliah atau sekelas, ataupun jiran setaman kita jadi panik dan cepat melatah bila menghadapi sebarang situasi tidak menyenangkan?
- kita begitu komited menjaga rahsia confidentiality masalah client...justeru itu, masalah yang dihadapi kawan-kawan, ataupun cerita-cerita mengaibkan yang didengari daripada kawan-kawan tidak seharusnya dicanang satu kampung dan ditebar-tebarkannya seperti tebaran roti canai kedai mamak HS Cafe.
- kita ingin mengurus stress client, justeru itu, stress kita juga perlu diurus dengan sebaiknya.. semua manusia hidup dalam stress. bayi juga ada stressnya sendiri sekiranya tidak ditukar lampin atau diberikan susu.. jadi jangan samakan kita dengan bayi..kerana kita seorang counselor yang belajar akan stress management ..:)..
anda ingin tahu apa dia yang akan menjadikan kita seorang kaunselor hebat yang personalitinya tidak berbagi-bagi?
akhlak..
Islam menuntut agar akhlak itu dipraktikkan dalam segala hidupan seharian, setiap masa, detik dan waktu.. bukan sekadar dalam waktu tertentu serta waktu bersama sesi kaunseling dijalankan..teori yang berkepuk-kepuk yang kita pelajari takkan nampak cantiknya andai akhlaknya terlihat pincang... maaf.. ayatnya agak kasar barangkali..
jadi, kesimpulannya jadilah seorang kaunselor yang konsisten!...sekian...:)
Alhamdulillah, mudah2an bakal kaunselor yg akn dilahirkan di IPT mempunyai akhlak yang baik dan murni..seterusnya, sama2 dapat menjaga keharmonian sejagat...
ReplyDelete