Monday, December 5, 2011

suka bertanya?..bagus ke..


makcik enon : "ha..siti...makanlah mee goreng makcik buat ni...
sedap tau.."

siti cik wan : "wah..berapa lama makcik amik masa untuk masak mee yg sedap ni?..kalau saya taknak makan mee ni dengan sudu garpu boleh tak..nak makan pakai tangan?..sayuran yang makcik masukkan dalam mee ni mak cik beli kat mana?...ataupun makcik beli ke sayur ni??..kenapa tak tanam je, lagi sihat n bersih...pinggan apa saya nak kena guna ni..pinggan plastik ke pinggan kaca?.."




Daripada abu hurairah radiallahu anh. katanya : aku mendengar rasulullah s.a.w bersabda : apa yang aku tegahkan kamu daripadanya maka hendaklah kamu menjauhinya, dan apa yang aku perintahkan kamu dengannya maka kerjakanlah barang yang kamu kuasa. sesungguhnya juga, telah binasa orang-orang yang sebelum kamu oleh kerana banyak segala pertanyaan mereka dan perselisihan mereka terhadap nabi2 mereka. riwayat bukhari dan muslim.

pengertian

dalam hadith ini, dapat kita fahami peranan dan adab yang kita perlu patuhi sebagai seorang muslim,anak,anak murid, mad'u , mutarabbi.. konsep ketaatan perlu ada kepada seorang pemimpin selagi seorang pemimpin itu tidak lari dari ajaran yang dibawa oleh rasulullah s.a.w.

hadith ini menyeru kita supaya ikut apa yang rasulullah suruh buat, dan jauhi daripada apa yang rasulullah tegahkan. kemudian , kurangkan bertanya kerana banyaknya orang zaman dahulu yang binasa kerana banyaknya bertanya, banyaknya perselisihan dan khilaf yang dibawa hingga menyusahkan diri sendiri.

panduan hadith ini kepada para duat

khsusnya utk para duat. hadith ini menjadi panduan kita sebagai seorang yang berada dalam jalan tarbiyyah.bila kita dah duduk dalam tarbiyyah, banyak adab yang perlu kita patuhi..ada kaitan dalam pembentukan iman kita..kaitannya juga dengan pembentukan peribadi kita sebagai seorang muslim..sebelum kita ingin laksanakan dakwah, pembentukan peribadi dan akhlak kita paling utama. bila pemimpin kita minta laksanakan tugasan, wajib kita taati dan laksanakannya dengan segera selagi ia selari dengan landasan agama.kalau naqib/naqibah suruh gi UKM utk dengar kuliah fiqh katakan..kalau dia suruh kita usahakan sendiri transport, buatlah tanpa byk tanya..tak perlu merungut dan bermanja2..xda transport merajuk xnak pergi kuliah..tarbiyah bkn utk orang yang manja ya..

-----

jenis-jenis pertanyaan

dan janganlah kita banyak bertanya atau bahasa kasarnye 'banyak songeh'. tau banyak songeh tu apa?..byk songeh tu mcm cerita mee goreng td...

tak salah bertanya, tak salah juga mengambil hati orang, tapi adalah tahap-tahapnya jangan sampai buat orang jadi meluat.kita kena faham konsep dan adab dalam bertanya.bknkah islam ajar kita tentang adab kesopanan juga..:).. ada 3 jenis pertanyaan :

1) pertanyaan tentang ilmu fardhu 'ain.kewajipan sebagai seorng muslim. cara solat,puasa, zakat..cara nak ambil wudhu' dan lain2 hukum yang wajib diketahui dan dipelajari untuk diamalkan.

2) pertanyaan untuk menambah kefahaman tentang ilmu dan permasalahan dalam agama.samaada berkaitan dengan hukum ibadat mahupun yg ada kaitan dengan konsep muamalah. adab jual beli, sewa menyewa dan sebagainya.

3) pertanyaan yang dimaksudkan dalam hadith di atas..iaitu pertanyaan yang tidak difardhukan oleh Allah s.w.t. pertanyaan yang tidak menambah keimanan, malah mendatangkan kesukaran sahaja.


contoh yang lebih tepat lagi untuk menerangkan hadith ini adalah melalui cerita tentang suruhan rasulullah agar setiap orang yang berkemampuan untuk mengerjakan haji di baitullah.


kemudian ada pula yang bertanya, adakah haji tu wajib ditunaikan tiap2 tahun ya rasulullah?....rasulullah dengar pertanyaan tu, tp tidak diendahkan sampailah orang itu mengulangi pertanyaannya dua hingga tiga kali..kemudian rasulullah bersabda :





" hampir sahaja aku menjawab ya..kalau aku berkata ya tentulah jadi wajib tiap2 tahun..maka tinggalkanlah aku, selama aku tinggalkan kamu.sesungguhnya orang sebelum kamu telah binasa kerana byk pertanyaan mereka dan byk pula bantahan mereka terhadap nabi mereka. apabila aku perintahkan dengan satu perintah maka kerjakanlah mana yang kamu mampu, dan bila aku tegah hendaklah kamu jauhi."

apa yang dapat disimpulkan

 poinnya, kerjakan apa yang nabi suruh dan elakkan apa yang nabi larang..dan berpada2 dalam bertanya..kita sekarang ni kerana silapnya bertanya boleh menambah permusuhan. qunut nak baca ke tidak,tahlil kena baca ke tak,talkin tak buat boleh tak , dok baloh..sampai sekarang tak habih2 lagi baloh..dalil2 semua keluar..sampai guna hadith dho'if utk pertahankan pendirian..tapi amal dan imannya masih lagi tidak bertambah..

ambillah apa yang paling mudah, penyelesaiannya ada pada Quran dan sunnah...jangan kita sulitkan keadaan.dalam keadaan situasi masyarakat dan belia yang sedang krisis dengan identiti, (kajian ISMA mengatakan bahawa 6 juta belia krisis identiti)  , membawa mereka pada ajaran islam yang jelas dan tepat itu penting. jangan dikelirukan pemikiran mereka dengan khilaf2 yang membuatkan mereka jadi tambah jauh dengan makna islam..dalam masyarakat melayu banyak bid'ah yang diamalkan..

tapi sekiranya bid'ah itu adalah bid'ah hasanah iaitu yang bid'ah yang baik, kita boleh ambil masa utk ubah pemikiran mereka..tidak bermakna saya menghalalkan bid'ah.memang kita perlu memerangi bid'ah,(rujuk hadith ke-5 daripada hadith 40) cuma jangan terus serang..kita kena fikir kebaikan pada umat bkn fikir utk diri sendiri sahaja..kita nak sama2 membangun ummah,kena sabar..Allah tak pandang hasil, tp Allah tengok usaha..

"ha..yasin malam jumaat takleh makcik..rasulullah tak buat..bid'ah tu..bid'ah!.."...silap-silap kita yg dikatakan bid'ah..hm.

dalam keadaan masyarakat yg jahil tentang agama, dengan amalan membaca yasin seminggu sekali sekurang2nya mereka nak juga buka Quran..kalau tak dalam seminggu tu belum tentu nak buka Quran tu..wallahua'alam..Allah lebih tahu ttg amalan manusia...tp perlunya fasa dan peringkat dalam perubahan..nak ubah manusia dari akarnya, bkn dari cabangnya..

perlu ambil langkah berhati2...bak kata pepatah orang melayu..bagai menarik rambut dalam tepung..rambut dapat tepung pun tak bselerak. aik..betul ke peribahasa saya ni..

a'la kulli hal..maaf atas segala kekurangan..moga berlapang dada atas setiap peringatan..peringatan utk diri saya sendiri dan juga semua..wallahua'lam..

oklah..stop dah..masalah saya bila menulis blog ialah utk menoktahkannya walaupun byk noktah, ada je sambungannya nnt..akhirnya dari bab bertanya masuk ke bab bid'ah..

-----
sumber : hadith 40 dengan pendahuluan ringkasan ulum mustolahul hadith,disusun oleh ustaz mustafa abdul rahman.

No comments:

Post a Comment