Saturday, May 26, 2012

Fitnah dalam ukhuwwah : bahaya penyakit harakah


Ahmad Zarruq pernah mengatakan ( petikan drpd buku life is an open secret) :

"Jika kamu ingin hidup di mana agama kamu terselamat, bahagian kamu penuh dan maruah kamu terlindung, jagalah perkataan kamu dan janganlah menceritakan keburukan orang lain..Ingatlah bahawa kamu juga mempunyai keburukan dan orang lain mempunyai mulut yang boleh berkata-kata.."

 
bermula daripada mulut, banyak masalah terjadi..seringkali dalam satu organisasi terjadinya salah faham, masalah komunikasi, kurang toleransi, ukhuwwah longgar, iri hati , 'bossy' dan macam-macam lagi..

 tak kira dalam dakwah ataupun bersama org biasa..kita berhadapan dengan beribu macam perangai manusia..

tapi..apabila masalah dalaman terjadi dalam sebuah organisasi dakwah..masalah tersebut merupakan penyakit harakah yg amat bahaya..jangan dibiarkan dakwah terpalit fitnah..jangan biarkan juga syaitan dan tentera musuh Allah mencuri masuk ke dalam barisan saf..masalah dan salah faham yg berlaku dalam sesuatu organisasi perlu diselesaikan segera..jangan dibiarkan berlarutan..tidak pantas dalam diri seorang daie menyimpan nafsu ammarah..

cuba kita renung dengan hati yang terbuka dalam surah Ali Imran ayat 103 kat bawah ni

 dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah...

dan janganlah kamu bercerai berai..

dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu ( masa jahiliah) bermusuhan...

 lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karuniaNya kamu menjadi bersaudara...

sedangkan ketika itu kamu berada di tepi jurang neraka...

 lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana...

demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk...

bila terjadi masalah..memaafkan ialah salah satu solusinya..tapi nak memaafkan memang susah...lagi-lagi melibatkan bekas luka yang lama tak dirawat..ditambah pula terluka berkali-kali ditempat yang sama ( ok...ayat sangat berbunga-bunga...faham2kanlah ya)...

namun indahnya ayat Quran sebagai pengubat..tak perlu paracetamol, ataupun pil anti-depression..

dan janganlah orang-orang yang memiliki kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kerabatnya, orang2 miskin dan orang2 yg berhijrah di jalan Allah...
dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada...
apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu??..
dan Allah maha pengampun, maha penyayang..

surah Annur ayat 22..

sebagai hamba yg sentiasa melakukan dosa..adakah kita tidak mahu Allah mengampuni dosa-dosa kita?....

layakkah kita rasa marah sedangkan kemarahan Allah lebih hebat lagi ke atas diri kita yg penuh noda..

sama-sama kita renungkan...




No comments:

Post a Comment