pada hari kiamat amalan-amalan anak adam dibentangkan di hadapan Allah yang tercatit di dalam sebuah buku. Kemudian Allah mengatakan , campakkan yang ini dan terima yang ini.
Para malaikat pun mengatakan : wahai tuhan kami, demi Allah kami tidak mendapati daripadanya selain daripada kebaikan.
Allah menjawab : sesungguhnya amalan yang dilakukannya bukanlah dilakukan kerana Aku. Di hari ini aku tidak terima apa-apa amalan kecuali yang dilakukan kerana Aku.(HR Al-Hafiz Abu Ya'ala)
Masya’Allah...begitu sekali penghinaan yang Allah berikan kepada orang yang tidak ikhlas kerana Allah..Allah kata “campakkan yang ini....dan terima yang ini”..walaupun malaikat kata aku tidak melihat daripada amalan tu amalan-amalan yang buruk pun. Tetapi Allah maha mengetahui apa yang tersembunyi dalam hati manusia. Kita ni ciptaanNya sudah tentu dia lebih mengetahui hati kita lebih daripada kita memahami diri kita sendiri..
Cuba kita bayangkan..amalan kita dicampak begitu sahaja..nauzubillah..Sungguh memalukan..
Begitulah andaiannya..penghinaan yang Allah dah sampaikan ke atas diri manusia seperti kita yang mensyirikkan Allah dan mempunyai keinginan yang tersembunyi. Keinginan untuk disanjung tinggi dan dipuji.
Masya’Allah..Nauzubillah..jauhi kami daripada sifat seperti itu ya Allah.
Ada sebuah kisah...Seorang lelaki datang kepada Ubadah ibn Assamit dan mengatakan :
“ jawab soalan aku ini..apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersembahyang dengan tujuan semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji, dia bersedekah semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji dan dia mengerjakan haji semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji?. Jawab ubadah : “ dia tidak mendapat apa-apa.”.
Dalam surah al-kahfi ayat 110..Allah berfirman, barangsiapa mengharap untuk berjumpa dengan tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Tuhannya..
Dengan erti kata lain..maksud hadith dan ayat di atas..seorang manusia mengatakan bahawa hatinya ikhlas melakukan sesuatu kerana Allah..tetapi niat yang tersembunyi iaitu ingin juga disanjung dan dipuji manusia membuatkan amalannya lantas tertolak dan tidak beerti..orang lain tidak tahu tetapi Allah maha mengetahui.
Justeru..sama-sama perbaiki niat kita..tiada yang berhak melainkan Allah yang Haq..
(Rujukan daripada buku golongan yg tercicir dlm jln dakwah oleh Fathi yakan.)
semoga Allah redha...
ReplyDelete