perjuangan natrah sebagai bukti pembelaan akidah....
dulu..rakyat kita berjuang demi bangsa dan negara..membebaskan tanah air dari penjajah yang dihina..
kita berjuang dengan darah dan air mata..Islam sebagai teras perjuangan bangsa..senjata kita doa dan usaha....
kini semuanya tinggal kenangan dan menjadi buaian cerita kegemilangan...bendera kita dikibarkan sebagai hiasan..sekadar mengutip cebisan-cebisan semangat yang ditinggalkan pejuang yang dah berzaman..
genting highland-pusat perjudian terbesar di asia tenggara.
hari ini, bangsa kita ramai yang lahir sebagai perosak agama..murtad tidak lagi menjadi luar biasa, zina menjadi trend semasa, rakyat kita ramai yg mabuk dengan khayalan judi,dadah dan arak.kita memuja berhala hiburan,kita bangga dengan 'perjuangan' syah rukh khan....;)..kita sibuk membina negara namun akhlak kita kian runtuh...hakikatnya kita binasa dalam kedamaian dan keamanan negara..
tika pejuang palestin diperangi dengan serangan fizikal,kita pula berperang dengan serangan mental..Allah maha mengetahui, jika kita diserang dengan fizikal dengan mudahnya kita tersungkur ke bumi lantas kekuatan akidah dan iman yang masih lemah..iman kita masih sepi belum terisi...
wahai orang yang berselimut!,bangunlah dan berikanlah peringatan,dan agungkan lah tuhanmu,dan bersihkanlah pakaianmu,dan tinggalkan segala perbuatan keji,dan jangan engkau memberi dengan maksud memperoleh balasan yang yang lebih banyak.dan kerana tuhanmu,bersabarlah. (Al-mudathhir: 1-7)..
''ya Allah pinjamkan kami keberanian umar alkhattab,ketangkasan khalid alwalid,kecekalan tariq bin ziyad, kekentalan salahuddin alayyubi, dan ketajaman sultan muhammad alfateh..bantu umat melayu islam ya Allah.''..-pidato sdr. Badrul Sani-
ttapi jgnlah kita tenggelam dalam kerisauan, melayu mampu bangkit, krisis umat mampu terlerai jika terpasaknya ajaran Islam...walau kita punya pelbagai bangsa dalam negara, tidak bermakna mereka golongan yang akan disia-siakan...Islam mengajar umatnya menjadi pembela...mengadili setiap manusia dengan saksama..namun semuanya akan tiba,bila anak-anak di didik dengan asas-asas keimanan, murid-murid dibentuk oleh murabbi yang ikhlas memberi didikan. dan negara dipimpin oleh para pemimpin yang tegas mengurus ekonomi,pendidikan,undang-undang dan syariah berpandukan pada Quran dan sunnah.
wallahualam...moga Allah beri kejayaan buat malaysia, rakyatnya dan seluruh negara islam di dunia....:)..
No comments:
Post a Comment