Wednesday, November 24, 2010

bersabarlah wahai si merah..bagimu syurga atas kesabaranmu..




sekadar berkongsi ilmu...pasti ada yang pernah dengar cerita tentang peristiwa fitnah yang berlaku ke atas si merah saidatina Aisyah r.a. kan?...bagi yang belum pernah dengar cerita jom kita selami peristiwanya...bagi yang dah pernah dengar tapi rasa macam nak cuci telinga juga jooom..^_^....

saidatina aisyah isteri kesayangan rasulullah ini antara para isteri yang beruntung kerana terpilih dalam undian bersama para isteri yang lain siapakah yang akan menemani baginda rasulullah ikut bermusafir ke medan perang.

selama bermusafir, aisyah duduk di atas haudaj ( semacam tandu atau bilik kecil untuk perempuan)..selesai berperang, rasulullah bersama angkatan perang para muslimin berhenti sebentar untuk berehat berdekatan dengan madinah...dan mereka kembali meneruskan perjalanan sebaik tiba waktu malam.
sebelum bertolak, aishah keluar untuk membuang hajat dan ketika kembali semula ke haudajnya, disadari bahawa kalung yang dipakainya telah tiada (ada yang mengatakan anting-anting,wallahualam..jika ada pembetulan sila betulkan saya )..

lalu aishah kembali semula jauh dari para tentera untuk mencari perhiasannya yang tercicir. namun para pembawa haudaj menyangka aisyah berada di dalamnya maka mereka terus bertolak meninggalkan aisyah..para wanita ketika itu ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan juga tidak terlalu besar menyebabkan para sahabat tidak merasa berat ketika membawa haudaj...maka tertinggal lah saidatina aisyah di situ.

ketika aisyah kembali ke tempat perhentian dan melihat tiada seorang pun yang berada di situ maka aisyah menunggu di situ dengan harapan para muslimin akan menyedari kehilangannya dan kembali mencarinya semula..bila ditunggu tunggu, tak datang-datang juga aisyah pun terlelap..
namun begitu hal itu disedari oleh Safuan bin Al-Muattal yang juga telah tertinggal..aisyah tersedar sebaik mendengar ucapan  '' innalillahiwainnailaihiraajiuuun,isteri rasul !'' ketika mengetahui saidatina aisyah yang tidur di situ.tanpa banyak bersuara safuan menawarkan untanya agar ditunggang oleh aisyah..dan safuan bertindak untuk menarik unta tersebut sepanjang perjalanan kembali semula sehinggalah mereka bertemu kembali dengan para tentera yang berhenti berehat kerana panas terik..

namun peristiwa tersebut diambil kesempatan oleh para munafik...dan si munafik abdullah bin ubai bin salul adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut..sehingga berlakunya perpecahan antara umat islam angkara berita fitnah yang mengejutkan tersebut..

sekembalinya dari permusafiran itu, aisyah ditimpa sakit selama sebulan..malah aisyah mula resah kerana baginda rasululah mula menjauhkan diri darinya, malah selalunya jika aisyah jatuh sakit pasti rasulullah akan menjaganya dengan penuh kasih sayang..namun layanan rasululllah terhadapnya kini berbeza dan hambar..perubahan rasulullah tersebut membuatkan aisyah jadi sedih dan meminta izin dari rasulullah agar dia dapat pulang ke rumah ibu bapanya yang boleh menjaganya ketika sakit..ketika itu fitnah masih tersebar-sebar namun aisyah masih tidak mengetahui tentang fitnah ke atasnya..

ketika fitnah itu sampai ke pengetahuan aishah, air matanya tidak mampu ditahan-tahan lagi..aishah hanya mampu menangis sehingga dirasakan tangisannya itu mampu membelah-belah jantungnya..malah berita tersebut membuatkan sakit aisyah bertambah teruk.

banyak juga peristiwa yang berlaku dan usaha-usaha baginda rasulullah sendiri untuk mengetahui cerita yang sebenar..sehingga rasulullah naik ke mimbar dan berkhutbah bagi mencari perleraian dari permasalahan yang melukai hati keluarganya.

kemudian rasulullah menemui aisyah di rumah orang tuanya, dan duduk untuk membincangkan masalah yang telah berlaku..

 ''Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah
diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti
tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah
keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila
seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan
menerima taubatnya.''..terang rasulullah kepada aisyah
.

mendengar ucapan rasulullah membuatkan aisyah bertambah sedih kerana suaminya sendiri telah berasa curiga terhadapnya.lalu berkata,

 Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca
Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu
sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku
katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa
aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga
sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku
tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak
mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut
oleh ayah Nabi Yusuf a.s:  Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya
dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan
itu).
.

lalu aisyah beredar dan memasuki tempat pembaringannya...dia hanya mampu bertawakal kepada Allah agar membersihkan namanya dari fitnah yang menyiat-nyiat perasaannya...rasulullah bertambah bingung...

namun kepada Allah jualah tempat bergantung...dengan izin Allah turunnya ayat quran yang membersihkan nama aisyah dari fitnah si munafiqin..sila buka surah Annur ayat 11- 16.....

''sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu (juga). janganlah kamu mengira berita itu buruk bagi kamu bahkan itu baik bagimu. setiap orng akan mendapat balasan dari dosa yang dilakukannya, dan barang siapa yang mengambil bahagian besar dari dosa yang dilakukannya dan diamendapat azab yang besar pula....(annur :11)..''

''mengapa orang-orang mukmin dan mukminat  tidak berbaik sangka terhadap diri mereka sendiri ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata ''ini adalah suatu berita bohong yang nyata''..(annur :12)

ayat yang seterusnya anda boleh baca di dalam tafsir quran ya...^_^...dapat merajinkan diri buka quran...mana boleh nak disuap je kan..ilmu tak datang bergolek...kena dicari..:P...

hm...begitulah kisahnya, betapa kasihnya Allah pada saidatina aisyah dengan membersihkan namanya melalui wahyu,namun peristiwa yang berlaku ke atas baginda rasulullah dan isterinya menjadi pengajaran buat kita semua..menjadi peringatan dan panduan hidup kita agar sentiasa berhati-hati dalam tindakan supaya jauh dari perkara yang boleh mendatangkan fitnah...Ya Allah, jauhi kami dari fitnah yang merosakkan umat dan diri kami sendiri....

ayat ini juga menunjukkan betapa murkanya Allah pada kaum munafik yang telah menjadi duri dalam daging umat islam...moga kita jauh dari sifat-sifat yang tergolong dalam kaum munafiq...amin...untuk lebih penjelasan tentang sifat-sifat orang munafiq sila tekan link di bawah..


mohon maaf andai kekurangan dalam setiap perkataan yang tercatat...hanya yang baik datang dari Allah...wassalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. (^_^) \~/






No comments:

Post a Comment