Saturday, October 9, 2010
Petua Penjagaan muka dengan cara tradisional..Jimat..;)
Post kali ni menyentuh ttg aspek-aspek penjagaan diri perempuan..terutama bahagian muka...saja ingin berkongsi pengalaman saya semasa berjumpa dengan seorang mak cik...muka dia mmg cantik...maksud cantik tu bg saya tiada kedutan,nampak muda,bersih walaupun ketika itu umurnya sudah mencapai usia 58 tahun!....^_^....kagum saya...
perempuan mana yang tak nak cantik....perempuan mana yang tak nak nampak berseri di depan mahramnya...tak kira ianya muslimah yang bertudung atau tak..labuh atau tak,semuanya perlu jaga muka sendiri....kalau tak jaga muka ada kes yang berlaku mukanya gelap sebelah kerana jarang cuci dan jaga muka dengan betul....
ramai orang-orang yang taraf hidupnya tinggi boleh la mereka mengunjungi facial atau treatment muka yang mahal-mahal harganya....treatment pun kadang2 boleh mencecah sampai 200 lebih...(itu dikira harga standard)..=_=''....pernah saya cuba pergi facial express cuma rm15 je...tp takde ape2 pun yang berubah...licin satu hari je...eheh...kalau nak btl2 bersih buat facial treatment sampai beratus ringgit lah..
tp tu lah nak cerita...facial treatment dan segala bagai tu banyak menggunakan bahan kimia bagi produk-produk yang digunakan...jika teringin utk pergi ke tempat yang menawarkan facial treatment tu tanya dulu produk apa yang telah digunakan...dia guna herba asli atau guna produk kosmetik zaman sekarang...jadi pilihan terletak di tangan anda...nak yang asli atau bahan kimia?....-_^....
berbalik pada cerita di atas...ttg berjumpa dengan seorang mak cik tuh....saya bertanya padanya apa rahsia muka dia nampak muda...tanpa berselindung dia pun sudi berkongsi rahsia...antaranya adalah...:
1) bangun awal pagi....muka nampak sembab bila bangun lewat...kalau dah bangun subuh tu jgn tido terus lepas tu....
2) bersiar-siar pada waktu awal pagi...ambil embun titiskan pada mata...insyaAllah mata bersih dan terang..
3) pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudhuk...wudhuk menyegarkan dan menguatkan badan..tambahan molekul2 air wudhuk yang dibaca dengn bismillah itu sangat cantik...bila muka dicuci dengan air yg cantik kesannya insyAllah pada mukanya juga.....cuba kalau cuci muka dengan air kopi, bau kopi tu lekat tak kat muka?....ha lebih kurang gitu la..eheh...
4) setiap kali ingin mencuci muka, dahulukan mencuci dengan air suam panas....air panas memperjalankan darah dalam muka..jadi muka tak nampak pucat....jerawat pun berkurang sbb liang-liang roma yang tersumbat disebabkan bedak atau make-up yg dipakai akan di bersihkan dengan air suam..
5) gunakan asam jawa....gaulkan asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan pada muka....(sebagai scrub muka)...bila cakap pakai scrub tu sudah tentu tak boleh buat selalu....sekurang-kurangnya 2 kali seminggu sahaja...
6) gunakan buah tomato sbg masker muka....^_^.....hancurkan tomato kemudian sapu kan pada muka..tunggu hingga kering...bila sudah kering bersihkan muka dengan air suam..kemudian bilas dengan air sejuk..
ha tu je...mudah dan murah..banyak je barangan tradisional yang boleh digunakan yang tak membahayakan muka berbanding gunakan chemical utk penjagaan muka contohnya mcm buah avocado,betik,dan lain2 lagi.....cuma cara menjaga muka tu terletak pada individu itu sendiri...untuk penjagaan dalaman boleh mencuba jamu perawatan puteri bagi gadis yang meningkat remaja..dan bagi golongan dewasa boleh cuba mustika ratu-tradisional herb jamu...jadi selamat mencuba..kalau ada kekurangan dalam post kali ini minta maaf banyak2 ya....petua-petua ni pun boleh di amalkan bagi lelaki juga...tak semestinya perempuan sahaja.....^_^........kalau ada pertanyaan boleh tinggalkan pesanan di ruang comment...juga sekiranya ada petua zaman dulu yang boleh dikongsi bersama boleh juga kan nak bercerita...:)...sekian selamat mencuba.....cau cin cau....^_^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment