Wednesday, September 1, 2010

tika dahi tersungkur ke bumi...



dalam syukur yang panjang,
dalam sujud yg tenggelam,
kumohon padaMu,
ampuni aku,
berkati hidupku,
rahmati umurku,

dalam sendu sedan aku merintih krn manusia meminggirkanku,
hatiku pilu krn manusia sentiasa berubah muka padaku,
Hari ini...mereka bisa jadi seorang pencinta padaku,
namun esok...dia membenciku,
Hari ini..dia menyukai tindakanku,
namun esok dia berasa jengkel dengan langkahku.

akhirnya ku sadar,
dalam kepayahan itu,
hanya kau yang mampu mengubatku,
hanya kau yang mampu menenangkanku,
aku lega hanya dgn serangkap kata..."cukuplah hanya Engkau bagiku",
Lahawlawala Quwwata illabillah..

dalam kekecewaan aku pada jahatnya permainan nafsu manusia,
aku jadi tabah dan sabar hanya dgn mengingati dan menyebut namaMu.

syukur padaMu,
kerana Kau mengurniakan jalan al Din padaku...walau jln itu berliku..
namun ada cahaya di hujungnya yg aku tuju..

namun aku mohon ampun padaMu,
krn selalu mengingatiMu pabila aku merasa ssh dan kecewa dgn keangkuhan manusia..
sedang tika aku senang dan gembira aku lupa mengucapkan syukur atas rezeki kegembiraan yg Kau kurnia..

* Ya Allah,kekalkan cinta aku padaMu..agar aku bisa hidup atas dunia yg melukakan aku..kerana jika Engkau tiada disiku aku jadi lumpuh dan kaku..

utk tatapan para pembaca...mg dimakbulkan doa2 kita..amin..:)

No comments:

Post a Comment