Sunday, November 13, 2011

kita masing-masing ada hak


Saya masih ingat ketika saya masih sekolah. Ketika saya mula memanjakan diri dengan tudung bidang 60 ..Waktu itu, pemandangan seperti tu memang asing disekolah saya kerana sekolah saya bkn sekolah agama,boleh dibilang dgn jari beberapa orang yg pakai tudung besar juga. Mata-mata mereka memandang dengan penuh hairan. saya mula terbiasa dgn usikan nakal mereka.biarkan kata2 mereka berlalu dibawa angin bayu.. Saya hanya mampu memberikan senyuman termanis yang saya boleh, walaupun masih lagi terasa kelatnya. Pandangan mereka, tudung labuh itu mungkin milik sang penuntut2 sekolah agama sahaja..atau mungkin sahaja mereka teringin hendak menyarungnya tetapi segan untuk mencuba..

"Definisi tudung labuh"

ada yg berpandangan, tudung labuh itu pakaian mulia yang  dipakai oleh orang yg tinggi ilmu agamanya, yg baik budi pekertinya, yang belajar disekolah agama,yang faham dan mahir bahasa arab dan drpd  latar keluarga yang begitu2 juga..

hakikatnya, tudung labuh itu hanyalah sehelai kain yg menutupi anggota2 daya tarikan wanita dan boleh membentuk akhlak dan peribadi kita..tiada kaitan dengan berapa banyak ilmu yang mereka punya. Xda pun teori yang mengatakan semakin labuh tudung seseorang semakin banyak ilmu agama yang dia punya..yg ada hanyalah pandangan masyarakat terhadap si pemakainya..krn kita ini insan yang tak pernah cukup ilmunya...dan takkan pernah selesai dalam proses pentarbiyyahan.
andainya lautan menjadi tinta dan pohon-pohon dijadikan penanya maka telah keringlah tinta itu sebelum habisnya kalam Allah..(Al-kahfi : 109).

"Maka milik siapakah tudung besar itu sebenarnya?"

Ia milik semua wanita..semua berhak dan layak utk menyarungnya..bkn milik penuntut pengajian agama shj...doktor, saintis, engineer,cikgu, arkitek,petani,penjual pasar malam  jg layak memakainya..ia adalah pakaian yg membentuk ketaqwaan..tudung besar itu juga bukanlah hanya sehelai kain yang membaluti rambut dan juga anggota tertentu, bahkan ia juga salah satu pakaian akhlak kita. Pakaian akhlak itulah yang akan membentuk peribadi kita yang bagaimana.

"Tapi ada juga yang pakai tudung besar tu perangai kurang elok jg...selain tu ada jugak belajar agama ambil kursus pengajian islam tp gi kelas pakai shawl lilit2 (yg tidak menutupi dada) eye shadow medow warna warni ikut warna baju kurung, kasut tumit tinggi 3 inci (pi kelas bunyi kelentang kelentung) , stokin tak pakai..guano tuh haa?..."

Memang betul. Tudung besar tak mampu mencerminkan akhlak kita yang bagaimana.senonoh ke tak senonoh ke akhlak kadang2 tak boleh diriflek oleh tudung besar itu sendiri. kerana pada asasnya, imanlah yang akan membentuk bagaimana seorang wanita itu akan menggunakan tudung yg dia sarungkan itu untuk membentuk peribadinya. Maksud saya secara teorinya adalah :

Iman + tudung labuh = akhlak mulia.

Tapi , iman + tudung pendek = boleh jadi akhlak mulia juga. Kerana dasarnya tudung besar itu tiada apa2 makna, imanlah yang menentukan sama ada ia akan jadi bermakna atau tidak.

Soal wanita yg belajar agama tapi tak mencerminkan peribadi seseorang yg belajar agama itu juga saya belum dapat mentafsirkannya. Kerana apa2 pun juga sekali lagi kata kuncinya adalah iman dan tahap mana seseorang itu mampu bermujahadah melawan nafsu.

Hakikatnya jua, kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mempersendakan kelemahan iman mereka, kerana apa yang ada pada diri kita juga masih lagi belum sempurna. Iman kita selalu ada turun naiknya.moga Allah menjaga iman dan akidah kita dan sentiasa diberi kesempatan untuk kita membuka lembaran baru dalam kehidupan agar dapat merasai manisnya erti perubahan..
setiap orang punya hak untuk berubah..

Wallahu ‘alam..

               

1 comment:

  1. like! :)
    iman adalah punca segala-galanya tu sangat tepat.
    Rabbuna thabbitna 'ala thoatik.

    ReplyDelete