bismillah..
assalamualaikum.:)
tiada apa yg berat ingin dicoretkan kat sini.sekadar luahan hati. tak teruja macam selalu pulak bila nak menulis blog..sayu dan pilu je yg rasa..entri ni pun khas untuk mereka yang nak dengar cerita sahaja.
alhamdulilah baru selesai berprogram di rumah silaturrahim nurul qanaah batu caves,gombak. berat hati meninggalkan anak-anak ni semuanya.mengalir air mata dengan perpisahan yg sementara bila terfikir bagaimana adik2 ni nak melalui hidup mereka dgn suasana tempat yg sangat mendugakan.
alhamdulilah pengetua rumah tu beri peluang pada mereka untuk bersekolah. masih lagi ada harapan untuk mereka hidup dengan jalan terang, dgn ilmu insyAllah penyuluh jalan.
sangat tak sangka bila sampai sahaja di sana, mereka duduk dan mengisi hidupan seharian mereka di rumah kedai 2 tingkat tanpa kemudahan yang cukup. alhamdulilah makanan yang disedekahkan oleh orang2 pada anak2 terbiar ni tak pernah putus.rezeki anak yatim .
cuma kesian bila tgk kekurangan dari segi kemudahan yg mereka rasakan. bilik air yang kurang bersih dan berbau, baju2 yang disidai bergantung didalam rumah tu jg. barangkali tak pernah baju anak2 ni dikeringkan oleh peritnya cahaya matahari. bila tengok akhlak mereka kebanyakannya sgt miskin dgn budi pekerti. didikan mereka kurang sempurna disebabkan tiadanya sokongan dan kasih sayang ibu bapa.
pilu hati melihat mereka. kebanyakan mereka punya ibu bapa. namun mereka diletakkan di situ untuk meringankan beban rumahtangga, ada juga diletakkan di situ disebabkan mak ayah bercerai dan berkahwin lain. yang saya ralatkan bagaimana dia nak membesar dengan mental yang positif dan menerima kenyataan hidup mereka.di mana ibu bapa mereka yang masih hidup lagi tu.bagaimana masa depan mereka.
seorang ukhti ada menasihati saya...gantikan kerisauan kita tu dengan doa..Allah lah sebaik-baik tempat bergantung..masyaAllah..betul sangat..
bila kita terlalu risau fikiran kita lupa untuk meletakkan Allah yg mengawal segalanya..kita doalah moga Allah lindung anak-anak ni semuanya dari kotornya budaya negatif luar dan dikurniakan masa depan yg cerah.insyAllah..amin..
bila melihat peribadi mereka, terbukti kajian yang dilakukan oleh psikologist. suasana memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sifat dan peribadi seorang kanak-kanak. bila tempat yang sempit dan kekurang udara+oksigen untuk bernafas, tempat yang bersepah dan tunggang langgang, kotor dan berbau menyebabkan anak ini stress. dan stress ni lah yang menjadi sebab perlakuan misbehaviour. apabila keperluan dan kehendak mereka tidak dipenuhi itulah juga salah satu punca mereka mencuri. . bila mencuri timbullah kebiasaan mereka untuk menipu bagi menutup kesalahan yang ditakuti akan menyebabkan dia dihukum. kemudian hukuman yang diberikan menanamkan lagi perasaan dendam dalam hati mereka yang masih lagi halus tu.
kata hassan albanna, anak yang tidak diberikan kecukupan akan menimbulkan perasaan yang tak enak dalam jiwa mereka. dia juga taknak anak-anaknya timbul perasaan negatif bila keperluan mereka tidak terisi. oleh itu, setiap hari dia memberikan duit belanja yang lebih kepada anak-anaknya untuk membeli makanan dan barangan yang dikehendakinya. namun, takdalah dia terus meninggalkan anaknya begitu sahaja. jika ada barangan yang sepatutnya tidak dibeli, dia akan menegur dgn cara yg sgt berhemah, dia juga mengutus seorang pembantunya untuk memerhati perlakuan anaknya,adakah dia menginfakkan harta seperti yang telah diamanahkan atau tidak dsb.namun kasih sayang dalam rumah tangga Albanna memang menjadi impian semua orang dan juga anak-anak.
namun untuk anak-anak yatim dan anak terbiar ni mereka takda tempat untuk menumpang kasih. mereka memang kekurangan dari sokongan spiritual, apa yang saya nampak, selain mereka perlukan keperluan material,makanan, tempat tinggal yang selesa,mereka sebenarnya juga perlukan sentuhan rohani. jiwa mereka kosong, tanpa didikan akhlak yang sempurna. dan anda semualah yang dapat membantu mereka untuk menberi sokongan tu.
jadi jika ada yang berminat untuk menjenguk adik-adik yang disayangi ni bolehla berkunjung ke rumah anak-anak yatim dan anak2 terbiar nurul Qanaah, tempatnya berhampiran dengan greenwood,gombak. rumah kedai dua tingkat, sebaris dengan Pejabat Isma gombak. jenguklah...tak buat program pun takpa, tapi datanglah untk membantu mengisi rohani mereka.ajar mereka doa-doa, ajar mereka cara solat. ajar mereka akhlak dan peribadi mulia..itu sebenarnya yang mereka perlukan.
sekian..itu sahaja...dah byk cakap dah..oklah..jika ada sebarang pertanyaan sila berkunjung ke page facebook khas untuk anak-anak yatim nurul qanaah ni iaitu ''tautan kasih permata soleh''.ok..terima kasih..moga Allah juga membalas setiap jasa anda semua membantu anak-anak ni..
wassalam..
semoga Allah memberkati kehidupan anak2 yatim itu semua..walaupun umat islam yang berjauhan, kita boleh mendoakan saudara2(anak2 yatim) islam kita dengan senjata utama kita iaitu doa memohon kesejahteraan mereka semua..insyaAllah..amin
ReplyDelete