Sunday, July 14, 2013

jangan melabel mahupun membebel

remaja memerlukan sistem sokongan yang kuat dalam pembangunan jatidiri mereka.. remaja buang anak, masalah sosial, ketagihan bahan2 terlarang dan sebagainya merupakan kesan daripada kelonggaran institusi kekeluargaan dalam membangunkan jatidiri muslim seorang anak. Ramai orang mengambil ringan masalah ini.. sy tak berani nak komen lebih sedangkan saya sendiri belum berpengalaman dalam hidup berkeluarga dan membesarkan anak2 remaja..

sepanjang tempoh 3 minggu bekerja sbg  trainee kaunselor, saya melihat kebiasaan anak-anak/remaja yang mempunyai isu dan struggle dengan hidup mereka berlatar belakangkan keluarga yang porak peranda yang kesannya mereka hidup terbiar walaupun masih beribubapa..sungguh kasihan..

tidak dinafikan jiwa remaja sangat panas..suka mencuba dan tak takut risiko.. kadang-kadang juga mengalami kesukaran untuk membuat keputusan secara rasional..


sy mengambil contoh remaja-remaja lelaki yang ketagihan merokok.. sepanjang saya berhadapan dengan isu ini di sekolah, menghukum dan melabel tidak akan pernah membantu menyelesaikan ketagihan mereka.. ya.. mereka memang telah tersilap langkah..kebanyakan mereka memang ada niat untuk berhenti tapi mereka tak tahu macamana nak mulakan langkah untuk berhenti merokok..they need steps!. kalau semua orang melabel mereka sebagai budak bermasalah, budak nakal, takda masa depan, bangkai bernyawa tunggu nak mati aje bla bla bla...justeru anda sendiri sedang membunuh jiwa mereka dengan kata-kata anda sendiri..

 saya masih ingat cerita yang sy pernah terbaca .. ada sebuah perkampungan orang asli, disebabkan mereka nak memusnahkan pokok tanpa perlu menebasnya dengan segala peralatan tebasan, mereka justeru duduk dalam bulatan dan menyumpah seranah pokok itu selama berhari-hari yang akhirnya pokok tersebut mati pada kemudian hari... sebatang pokok yang kita tahu dia hidup , boleh mati dengan sumpah seranah dan kata-kata kesat..apatah lagi manusia  yang apabila hidupnya disumpah seranah setiap hari.

remaja perlukan solusi..mereka bertanyakan tentang apa yang perlu dibuat, bukan apa lagi kesalahan dia telah buat dan buat...

saya percaya setiap remaja,walau dari mana dia datang, walau compang campingnya hidup yang dia sedang lalui, selagi mereka masih bernyawa, mereka masih ada peluang untuk membina hidup mereka walaupun ada sebahagian mereka terpaksa melaluinya dengan terpaksa berlari, melompat, ataupun merangkak..semuanya di tangan anda...wahai ibubapa dan pendidik...pada diri kita Allah telah menggalas satu amanah dan tanggungjawab yang besar..


"Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar." Surah Al Anfal, Ayat 28

No comments:

Post a Comment