Thursday, October 20, 2011

fikirkan demi maruah agama kita

lakum deenukum waliyadeen...'untukmu agamu dan untukku agamaku'..(alkafiruun : 6)..

utk engkau agama kau dan untuk aku agamaku...aku tidak menyembah apa yg engkau sembah dan engkau tidak menyembah apa yg aku sembah..

 penghinaan demi penghinaan, celaan demi celaan dilemparkan kpd para muslim yg btungkus lumus utk menerangkan isu akidah dalam perhimpunan sabtu ini..bahkan penentangan itu bagi saya tambah menyakitkan apabila sesama orang islam sendiri menentang perhimpunan  ini atas alasan politik..telah diperjelaskan berkali2 isu parti dan politik tidak ada kaitan sama sekali..tiada mana2 pihak yang mengambil kesempatan dan manfaat dari segi politik, bahkan manfaatnya didapati buat para pejuang2 islam yang berusaha untuk menyelamatkan akidah umat islam..objektfnya atas dasar ISLAM semata-mata..

dan baru kini sy memahami, betapa kuatnya hati Rasulullah dalam menghadapi cabaran dan kata2 celaan orang musyrikin. betapa rasulullah begitu tawakkal,yakin dan mengharap pada balasan yang Allah akan beri..

" Wahai nabi,  berjihadlah melawan orang-orang kafir  dan orang-orang munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka. tempat mereka adalah neraka jahannam . dan itulah seburuk-buruk tempat kembali".- surah Attaubah : 73)..

saya percaya dengan kata2 Allah bahawa Allah akan tetap menyempurnakan agama ini walaupun begitu banyak halangan dan kata2 cacian mereka...Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut mereka,tetapi Allah menolak dan berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukainya.(9:32)...

rasulullah itu adalah orang yang paling lembut bicaranya,paling santun akhlaknya hatta yang paling berhemah kata2nya..namun begitu tegas dalam urusan agamanya.. akidah tidak boleh dijualbeli dan diambil sedikit-sedikit...kerana yg sedikit2 itu lah yang menyempurnakan agama..yang sedikit2 itu jualah yang berperanan sebagai separuh daripada keimanan kita.

dalam usaha menghimpun sejuta muslim di Malaysia, masih ada yang belum lagi dapat menerima agenda ini..masih lagi juga sibuk menuding jari pada pimpinan yang menyebabkan punca jatuhnya akidah umat islam..anda semua boleh fikir sendiri kesannya sikap asyik menuding jari kan?..masalah tidak boleh sekadar selesai hanya dengan rungutan tetapi perlu diselesaikan dengan gerakan dan tindakan.

 bukan masanya untuk fikir siapa yang menganjurkan usaha himpunan.. malah bukan tepat waktunya untuk memikirkan jemaah mana yang menggerakkan, atau parti mana yang menyokong..fikirkanlah demi maruah agama kita...krn sudah tiba masanya untuk bersatu dalam urusan agama..sudah tiba waktunya setiap jemaah ini berbincang dalam satu meja untuk menyelesaikan isu ummah..ketika ini sudah pelbagai tohmahan dan fitnah dilemparkan kepada umat islam atas penganjuran HIMPUN.jadi bila lagi nak selesai isu, kalau tak habis2 akal mencetuskan komen yang dangkal.

wallahu'alam...kepada Allah aku berserah, hanya yang baik datang dari Allah dan keburukan dalam berkata2 datang daripada kekhilafan diriku sendiri..


" sungguh kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (muhammad) ,janganlah bersedih hati kerana sebenarnya mereka bukan mendustakan engkau tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah......surah alna'am ayat 33.

No comments:

Post a Comment