em..sekitar 2 thn lalu,kaki saya melangkah ke sebuah sekolah..bekerja sementara sebagai seorang guru pra-sekolah..berhadapan dengan kanak-kanak seawal umur 5 tahun sungguh mencabar...
bagi kebiasaan seorang guru, mmg susah benor la nak sabar dengan perangai budak-budak mcm ni..;).termasukla saya..makin dmarah makin ligat..baru seminggu saya mengajar, datangnya seorang murid yang baru mendaftar..
biasala bdk2 kalau mula-mula masuk skolah menangis meronta2 nak ikut mak ayah dia balik..sbg tanda protes dia xnak blajar,bergaduh dgn kawan, datang skolah pun x mandi,panjat pagar dan bermacam2 gelagat dia..nakalnya pun semacam..hampir setiap hari terpaksa la kene mangga pintu kelas sbb takut dia lari..fobia btl la dgn bdk mcm ni..ada satu hari saya terlupa kunci pintu pagar taman permainan skolah..tanpa dsangka2 terus berdesup dia lari keluar dari skolah..berderau jantung bila bdk ni hilang tak jumpa satu sekolah..last2 rupanya dah ada kat rumah siap ckp dgn mak dia yang saya dah bg dia balik rumah..btl2 pandai temberang...hmm..sabor je la dpt anak murid macam ni..
tp bila difikir semula apakah punca anak2 ni jadi mcm ni?...hilangnya tmpuan dalam pbelajaran, degil, menipu...ramai ibu bapa mahupun guru yang tidak sedar mahupun mencari punca hal ini terjadi..lantaran itu,kanak2 ni dsisihkan dalam kelas dan sentiasa menjadi bahan cemuhan teman dan guru..
nak salahkan siapa masalah ini berlaku?....kain batik yang akan tercorak samaada cantik atau tak bergantung pada tangan si pencanting..begitu juga anak2..kalau buruknya perangai anak2 itulah gambaran buruknya juga ibu bapanya...maaf kerana kasarnya dalam berkata..anak2 memerlukan perhatian,kasih sayang dan tumpuan..namun ramai ibu bapa yang kalah dalam menangani masalah pendidikan anak2 di rumah..
tp saya mengucapkan tahiah buat ibu bapa yang berjaya memberi didikan buat anaknya dengan baik..
terdapat beberapa disorder yang berlaku ke atas anak2 anda yang mungkin anda tidak menyadarinya :
1) dyslexia - masalah membaca,menulis,mengeja,bercakap
2) dyscalculia -masalah menyelesaikan kiraan, penggunaan wang, dan memahami masa dan waktu
3)dysgraphia - masalah dalam menulis, ejaan dan pengurusan idea
4) dyspraxia - masalah dalam menyeimbangkan mata dan gerakan motor badan
5) ADHD (hyperactive) -kanak2 hiper..x memberi tumpuan..x boleh duduk diam..
6) autism (yg macam cite my name is khan tu...^_^) - masalah eye contact,xda kawan,komunikasi
bagi korang yang ada sedara mara atau adik beradik yang mempunyai ciri2 seperti ini..cpt2lah bawa bjumpa dgn pakar psikologi..sbb masalah ini x boleh dtangani dengan ubat2an tetapi melalui training dan latihan...
maaf sekiranya terdapat kekurangan atau tersalah dalam mentafsirkan fakta ya...mohon tunjuk ajar juga...(^_^)/...sekiranya ada tambahan bolehla bkongsi bsama..
No comments:
Post a Comment